Ramai yang kini merungut tentang harga barang yang naik, sistem GST yang baru diperkenalkan dan berbagai lagi masalah tentang para peniaga yang mengambil kesempatan ke atas sistem GST yang baru dijalankan di negara ini.
Kami tidak mahu bercerita banyak tentang GST sebab ia dah banyak dipaparkan di media dan laman web lain. Tapi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda cara untuk pengurangkan belanja barang dapur dengan menanam semula 9 jenis barang yang biasa kita beli di pasar.

Ok, tanpa buang masa mari kita mulakan :
1. Bawang putih
Seulas bawang putih apabila ditanam semula boleh membiak dan menghasilkan 1 labu bawang putih. Bayangkan jika anda tanam 1 labu bawang putih, berlabu-labu hasilnya.
Okey, ikuti cara menanam bawang putih dalam video berikut :
2. Daun bawang
Ye, daun bawang juga boleh ditanam semula dirumah. Jadi selepas ini jika anda beli daun bawang, simpan sedikit untuk ditanam semula. Ikuti video di bawah untuk cara-cara menanam daun bawang.
Lepas ni nak letak daun bawang dalam sup tak perlu beli lagi. Kat rumah kan dah ada.
3. Lobak merah
Lobak juga boleh ditanam dirumah dalam bekas yang bersaiz sederhana besar. Ikuti cara tanam lobak merah ini.
4. Batang saderi
Saderi boleh ditanam dengan mudah di rumah. Ini caranya. Lepas ni boleh belanjan wonderpet batang seleri setiap hari. Hehe.
5. Serai
Selain untuk di makan, serai yang ditanam juga boleh dijadikan hiasan. Ini caranya untuk tanam serai.
6. Kunyit
Kunyit juga boleh ditanam dalam pasu dan diletakkan di balkoni rumah anda. Jom tonton cara tanam kunyit.
8. Halia dan lengkuas
Sama seperti kunyit, halia dan lengkuas juga boleh di tanam di ruang yang terhad dan dalam pasu. Ini caranya
9. Cili padi
Cili sangat penting bagi mereka yang suka makan pedas-pedas. Tanam saja dalam pasu dan letak di balkoni apartmen anda. Pasti cantik bila buahnya yang banyak lebat merimbun menghiasi ruang di rumah anda.
Apa lagi yang boleh di tanam dirumah dalam ruang yang terhad? Kongsikan dengan kami diruang komen di bawah.