Bayangkan anda masuk bekerja di sebuah syarikat pemula yang masih muda, bekerja keras membangunkan teknologi baharu setiap hari, dan pada suatu pagi anda bangun tidur dengan status jutawan bernilai puluhan juta dolar.
Itulah realiti yang sedang dilalui oleh warga kerja syarikat kecerdasan buatan (AI), Anthropic, pagi ini selepas penyenaraian awal awam (IPO) syarikat tersebut mencipta sejarah baharu dunia kewangan.
Dalam langkah sulungnya ke pasaran saham, Anthropic berjaya mengumpul dana sebanyak $81 bilion atau sekitar RM 333 bilion. Pencapaian luar biasa ini secara rasmi menobatkan penyenaraian tersebut sebagai IPO terbesar dalam sejarah dunia.
Memintas Rekod Gergasi Dunia

Angka yang dicatatkan oleh Anthropic bukan sekadar besar, malah berjaya memadamkan rekod-rekod gergasi korporat dan tenaga dunia yang sebelum ini dianggap sukar digugat.
Dengan kutipan $81 bilion (~RM333,080,100), Anthropic meninggalkan jauh rekod IPO SpaceX yang mengumpul $75 bilion (~RM308.41 bilion), diikuti SK Hynix ($26.51 bilion bersamaan RM109.01 bilion) serta gergasi minyak Saudi Aramco ($25.6 bilion bersamaan RM105.27 bilion). Turut dipintas ialah nama-nama besar teknologi dan pelaburan Asia seperti Alibaba Group ($21.77 bilion bersamaan RM 89.52 bilion) dan SoftBank Corp ($23.35 bilion bersamaan RM96.02 bilion).
Untuk penyenaraian bersejarah ini, Anthropic menetapkan harga IPO pada paras $83 bagi setiap satu saham dengan jumlah keseluruhan 980 juta saham ditawarkan kepada pelabur.
Langkah tersebut melonjakkan nilai pasaran keseluruhan Anthropic kepada $1.27 trilion, bersamaan kira-kira RM 7.18 trilion. Pada penilaian ini, syarikat AI berkenaan kini lebih bernilai berbanding gergasi semikonduktor dan teknologi tersohor seperti Samsung, AMD dan Micron.
Kakitangan Pegangan Terkecil Pun Terima Minima RM180,941,200.00
Di sebalik angka-angka mega yang menjadi tajuk utama pasaran saham global, kisah paling menyentuh perhatian ramai sudah tentu nasib para pengasas dan kakitangannya.
Sejurus loceng penyenaraian dibunyikan, kesemua pengasas Anthropic termasuk Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dario Amodei, terus mencapai status bilionwan secara sekelip mata.
Namun, limpahan rezeki itu tidak terhenti di bilik lembaga pengarah sahaja. Kakitangan syarikat yang memegang pegangan saham paling kecil sekalipun masing-masing kini bergelar jutawan dengan nilai minima mencecah $44 juta seorang.
“Kalau tahu enam tahun lepas syarikat yang baru bertapak ini bakal pintas nilai gergasi seperti Samsung dan Saudi Aramco, memang ramai yang sanggup hantar resume tanpa fikir panjang,” seloroh seorang pemerhati industri teknologi di media sosial pagi tadi, menggambarkan rasa kagum orang ramai terhadap tuah warga kerja syarikat berkenaan.
Bagi kebanyakan pekerja biasa yang menyertai syarikat itu sejak fasa awal, pegangan ekuiti yang dahulunya sekadar angka di atas kertas kini bertukar menjadi ganjaran yang mengubah nasib diri dan keluarga mereka buat selama-lamanya.
Tetap Cipta Sejarah Walaupun Baru Berusia 6 Tahun
Apa yang menjadikan fenomena ini lebih sukar dipercayai ialah latar belakang kewangan dan usia syarikat itu sendiri.
Anthropic baru sahaja berusia enam tahun dan sebelum ini mencatatkan kerugian ratusan bilion pada suku yang lalu akibat kos pembangunan teknologi AI yang sangat tinggi.
Namun dalam dunia pelaburan moden, keyakinan pelabur terhadap masa depan kecerdasan buatan jelas mengatasi kebimbangan terhadap kerugian jangka pendek.
Kejayaan pagi ini membuktikan bagaimana perlumbaan teknologi AI sedang mengubah landskap ekonomi dunia pada kelajuan yang belum pernah disaksikan sebelum ini, sekali gus menjadikan warga kerja Anthropic antara individu paling bertuah dalam sejarah korporat moden.