99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mengesahkan telah membuka cawangan pertamanya di China, yang terletak di Fuzhou, Wilayah Fujian pada 31 Ogos lepas, lapor Bernama.

Syarikat itu melalui satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini telah mengesahkan laporan media yang diterbitkan di akhbar-akhbar tempatan mengenai pengembangannya ke luar negara.

Baca Juga:

Cawangan prototaip juga akan ditubuhkan di Fuzhou, dengan rancangan untuk pengembangan secara beransur-ansur di bandar itu.

“Penubuhan cawangan tersebut tidak dijangka mempunyai kesan material terhadap pendapatan atau aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2025,” kata syarikat itu.

Sumber