Buat anda yang sedang mencari tempat rekreasi untuk meluangkan masa bersama keluarga serta yang tersayang namun masih tercari-cari tempat yang menarik anda bolehlah ke Taman Rekreasi 99 Wonderland Park yang terletak di Taman Sri Murni, Selayang.

Menariknya taman rekreasi 99 Wonderland Park ini tampil dengan tarikan yang unik dimana boleh dikatakan sangat bertepatan dengan namanya. Antara tarikan taman rekreasi ini adalah taman burung kasawari dan rusa, rumah arnab, Sky Fountain, Magical Bridge, T-Rex Ring dan banyak lagi.

gallery-2.jpg.1920x1080_q85_crop

Cruise_Edited_3.jpg.1920x1080_q85_crop

gallery-48.jpg.1920x1080_q85_crop

Lebih menarik, pada waktu malam taman rekreasi ini akan kelihatan sangat cantik berikutan cahaya LED yang menyinari taman tersebut. Malah, anda akan dapat melihat keindahan water fountains apabila lampu dinyalakan. Pastinya kaki instagram akan menyukai tempat ini.

Selain itu, kini anda tidak perlu ke Korea atau negara luar untuk mengabadikan cinta anda kerana anda boleh membeli mangga berbentuk hati dan kuncikan di pagar-pagar sepanjang Magical Bridge sebagai simbolik percintaan anda.

gallery-5.jpg.1920x1080_q85_crop

gallery-42.jpg.1920x1080_q85_crop

gallery-43.jpg.1920x1080_q85_crop

gallery-24.jpg.1920x1080_q85_crop

Bagi anda yang ingin berkunjung ke taman rekreasi 99 Wonderland Park ini, ia dibuka pada hari Rabu hingga Ahad, bermula pada jam 9 pagi hingga 11 malam. Harga tiket yang ditawarkan juga tidaklah mahal dimana hanya RM10 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Jika anda ingin menaiki cruise, anda hanya perlu menambah RM25 sahaja.

Kini anda tidak perlu pergi jauh untuk menikmati hari minggu anda. Anda dapat meluangkan masa bersama keluarga tanpa perlu berbelanja lebih dan pastinya berbaloi untuk menikmati pengalaman yang berbeza.