Terbaharu, seorang pengguna Twitter @iraesmee telah berkongsi pengalaman buruknya dengan sebuah hotel dipercayai di Nilai dan dia membuat tempahan hotel OYO itu di aplikasi Traveloka.
Menerusi perkongsiannya, dia terkejut apabila tiba di sana, hotel tersebut tutup dan berkunci seolah-olah sudah lama tidak beroperasi. Dia memilih hotel tersebut kerana mahu berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Baca Juga:
- ‘Main Harga’ Dengan Batalkan Tempahan Jemaah Saat Akhir, Pensyarah Dedah Taktik Kotor Hotel Di Arab Saudi
- Kecewa Penginapan Dibatalkan βLast Minuteβ, Netizen Bantu Wanita Teraniaya Serang Pihak Resort Di Google Review
- Kongsi ‘Review’ Menginap Selama 46 Malam Di Hard Rock Hotel, Netizen Tercengang Bila Kira Kos Penginapan
Entah apa nasib, dah booked dan bayar hotel, tapi bila sampai, hotel kunci, tiada penghuni, hotel gelap. π
Call customer service, katanya dalam 45minit baru boleh bagi kata putus.
Saya ni nak tidur sebab dalam perjalanan jauh, nak berehat dulu. π’
Kenapa 8 Hotel, kenapa???π pic.twitter.com/qANNwmK97k
— Raes #WearGreen ππ΅πΈ (@iRaesmee) March 17, 2023
Susulan itu, dia telah menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan dan terpaksa menunggu untuk tindakan lanjut. Kemudian, dia mengambil keputusan untuk mencari hotel lain dan terkilan berdepan situasi seperti itu dan difahamkan dia telah mendapat refund.
Perkongsiannya itu turut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersimpati dengan nasibnya yang kena scam dengan pengendali hotel itu. Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mengatakan pernah berdepan masalah sama apabila membuat tempahan hotel rangkaian OYO.
Jarang book oyo sebab takut jadi macamni la. Memang la orang kata murah la blablabla tapi kalau kena gini, naya pak abuuuu π https://t.co/mociMMWCYZ
— sasa. (@_theshaaa) March 18, 2023
Me and @amrusyda book the hotel lepas tu sampai-sampai dia kata bilik penuh. Pepagi buta bhai. Bapak baran sia. https://t.co/ZOBoqdB5Dk
— λ ΈλΌ (@txquilasunrisx) March 18, 2023
Buat aduan kepada MOTAC.
MOTAC ada pegawai mereka sendiri dan kes seperti ini boleh didakwa di Mahkamah.
Pihak yg terkesan juga boleh memulakan tuntutan dengan saman pemilik hotel.
Malaysia masih ada undang2 dan dibawah perlembagaan. https://t.co/shj5C5BmWE
— ZolazraiZolkapli (@Zolazrai) March 18, 2023
Okay senasib. Saya pun. Semoga kita istiqamah. βπΌ
— Raes #WearGreen ππ΅πΈ (@iRaesmee) March 18, 2023
Malah, segelintir netizen yang pernah menempah hotel OYO juga mengatakan harga dibayar tidak setimpal dengan servis dan bilik diberi. Ada juga netizen menasihati mereka yang pernah ‘terkena’ dan mengalami perkara sama bolehlah membuat aduan kepada MOTAC.