Bintang tengah Manchester United, Casemiro memberikan pandangannya, tentang siapa paling layak untuk memenangi Ballon d’Or yang akan datang.
Selain Mohamed Salah, nama pemain seperti Ousmane Dembele dan Lamine Yamal juga dianggap antara calon pilihan.
Namun Casemiro ada pandangannya tersendiri dalam perkara tersebut.
Dia memilih pemain yang serba lengkap di atas padang. Pemain yang tidak hanya bertumpu kepada serangan semata mata, namun aspek lain seperti kreativiti.
Menurutnya, Mohamed Salah adalah yang paling layak. Ini kerana menurut Casemiro, Mo Salah adalah pemain yang paling seimbang dari segi catatan gol dan kreativiti musim lalu.

Casemiro berkata kepada Tribuna: “Untuk Ballon d’Or tahun ini, Mohamed Salah adalah paling layak. Dia adalah pemain terbaik dengan impak yang dihasilkannya dalam permainan.
“Dia menjaringkan banyak gol dan sangat banyak assist. Pemain paling seimbang musim lalu ialah Mohamed Salah.”
Mohamed Salah menjadi nadi penting Liverpool dalam kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lalu, yang merupakan musim pertama Arne Slot bersama The Reds.
Mohamed Salah jelas masih berada di tahap terbaik dalam kariernya, walaupun ada sesetengah pihak kerap meraguinya, memandangkan usianya semakin meningkat.