Pengurus Liverpool, Arne Slot mendedahkan sebab beliau memilih untuk meletakkan Mohamed Salah di bangku simpanan buat kali ketiga berturut-turut pada pertemuan menentang Leeds United, awal pagi tadi.
Lebih menarik, pemain kelahiran Mesir itu langsung tidak dimasukkan pada aksi yang berkesudahan dengan keputusan terikat 3-3.
Baca Juga:
- Mo Salah Dah Sedia Tinggalkan Liverpool Kerana Ada Orang Nak Tendang Dia

- Ini Nasihat Berguna Mohamed Salah Buat Rio Ngumoha

- Ini Sebab Mohamed Salah Anggap Arsenal Calon Utama Juara EPL 2025/26

The Reds mengutip lima mata dalam tiga perlawanan sebaik sahaja Slot meletakkan Salah di bangku simpanan.
Alasan Slot Sisihkan Mohamed Salah
“Ia bukan keputusan yang mudah kerana kita semua tahu betapa hebatnya dia sebagai pemain,” ujar Slot menurut sumber laporan Goal.
“Tapi menjadi tanggungjawab saya untuk memilih pasukan yang saya rasa kita perlukan hari ini. Sebab itu saya membuat keputusan ini.”
Sebelum ini, Slot turut memuji sikap profesional Mohamed Salah dalam menangani situasi yang jarang dinikmati sepanjang kariernya di Liverpool.
Namun sebaik berakhirnya perlawanan di Elland Road itu, Salah meluahkan kekecewaannya apabila sekali lagi disisihkan daripada pasukan.
“Saya duduk di bangku simpanan selama 90 minit! Kali ketiga di bangku simpanan, dan saya rasa ini adalah kali pertama dalam karier saya. Saya sangat, sangat kecewa sebenarnya.”
“Saya telah lakukan begitu banyak untuk kelab ini selama bertahun-tahun dan terutamanya musim lalu.”
“Sekarang saya duduk di bangku simpanan dan saya tak tahu kenapa. Nampaknya kelab seperti menghalau saya berambus dari kelab ini. Itulah apa yang saya rasa.”