Bekas penyerang Liverpool, Dirk Kuyt menjadi pilihan untuk menyertai staf kejurulatihan Patrick Kluivert dalam skuad kebangsaan Indonesia.

Kehadiran Kluivert nyata membuatkan media serta penyokong negara seberang mahu jurulatih berprofil tinggi bagi menyertai staf kejurulatihan sekaligus memastikan pasukan itu layak ke Piala Dunia 2026.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Selepas resmi diperkenalkan sebagai pengendali baharu, media Indonesia serta-merta melaporkan beberapa nama yang dianggap sesuai untuk membantu Kluivert mengendalikan pasukan negara itu.

Antara nama yang disebut ialah Dirk Kuyt yang mana bekas pemain skuad kebangsaan Belanda ini turut menceburi bidang kejurulatihan selepas bersara dari dunia bola sepak profesional.

Ketika ini, Kuyt menjadi pengurus kelab Liga Belgium iaitu Beerschot VA dimana beliau mengendalikan kelab tersebut sejak 28 Desember 2023 lalu dan mempunyai kontrak sehingga Jun 2025.

Sekiranya Persatuan Bola Sepak Seluruh Indonesia (PSSI) mahu mendapatkan khidmat Kuyt, maka badan itu perlu menebus kontrak beliau dengan Beerschot.

Ketika ini, Patrick Kluivert dibantu oleh dua jurulatih iaitu Denny Landzaat dan Alex Pastoor bagi menguruskan pasukan.

Fakta menarik yang boleh diperkatakan mengenai pelantikan Landzaat adalah mengenai kemampuannya untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Indonesia.

Bahasa Indonesia cukup sinonim dengan bekas pemain tengah itu kerana ibunya berasal dari Kepulauan Maluku.

Jadi kefasihan Lanzdaat dalam bahasa Indonesia serta sudah mengetahui selok-belok budaya negara tersebut sedikit sebanyak mampu untuk lebih memudahkan tugasan Kluivert.

Barisan kejurulatihan baharu Indonesia akan menghadapi tugasan pertama pada 20 Mac nanti dimana skuad Garuda itu akan beraksi di tempat lawan untuk menghadapi Australia pada aksi ketujuh pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.