Mohamed Salah dengan terbuka mendakwa ada orang tak suka dia di Liverpool dan mahu dia berambus dari kelab itu.
Mohamed Salah kecewa disisihkan ke bangku simpanan sekali lagi pada aksi menentang Leeds.
Di mana Liverpool diikat Leeds 3-3 walaupun mereka dua kali mendahului pada kedudukan 2-0 dan 3-2.
Selepas tamat perlawanan, Mo Salah membuat kejutan kepada dunia apabila memberikan kenyataan terbuka kepada wartawan.
Dia berkata: “Saya duduk di bangku simpanan selama 90 minit! Kali ketiga di bangku simpanan, dan saya rasa ini adalah kali pertama dalam karier saya. Saya sangat, sangat kecewa sebenarnya.
“Saya telah lakukan begitu banyak untuk kelab ini selama bertahun-tahun dan terutamanya musim lalu.
“Sekarang saya duduk di bangku simpanan dan saya tak tahu kenapa. Nampaknya kelab seperti menghalau saya berambus dari kelab ini. Itulah apa yang saya rasa.
“Saya rasa sangat jelas bahawa seseorang mahu saya dipersalahkan sepenuhnya.
“Saya diberikan banyak janji pada musim panas lalu dan setakat ini saya berada di bangku simpanan untuk tiga perlawanan, jadi saya tak boleh kata mereka menunaikan janji itu.
“Saya sudah banyak kali cakap sebelum ini bahawa saya mempunyai hubungan yang baik dengan pengurus dan tiba-tiba, kami langsung tak ada hubungan itu lagi.
“Saya tak tahu kenapa, tetapi bagi saya, seperti yang saya lihat, seseorang nampaknya tidak mahukan saya dalam kelab ini. Kelab ini, saya sentiasa sokong. Anak-anak saya juga akan sentiasa sokong kelab ini.
“Saya cintakan kelab ini dan akan sentiasa begitu. Saya telefon ibu saya semalam – kamu semua tak tahu sama ada saya akan bermula atau tidak, tetapi saya tahu.
“Semalam saya beritahu mereka, datanglah ke perlawanan menentang Brighton. Saya tak tahu sama ada saya akan bermain atau tidak tetapi saya akan menikmatinya.
“Dalam fikiran saya, saya akan menikmati perlawanan itu kerana saya tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini.
“Saya akan berada di Anfield untuk mengucapkan selamat tinggal kepada para penyokong dan pergi ke Piala Afrika. Saya tak tahu apa yang akan berlaku ketika saya berada di sana.
— Sky Sports Premier League (@SkySportsPL) December 6, 2025