Kelakuan bintang Liverpool, Mohamed Salah ketika perlawanan EPL menentang West Ham telah mengejutkan peminat bola sepak dunia malam ini.
Pemain Mesir itu didapati telah bertelagah dengan pengurus, Jurgen Klopp sebelum masuk ke padang untuk menggantikan tempat Luiz Diaz pada minit ke 79.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- Kad Kredit Bahaya? Mari Ambil Tahu Tentang Kelebihan Dan Keburukannya
Menerusi rakaman video yang tular di media sosial, Salah nyaris bertumbuk dengan Klopp namun sempat dihalang oleh Darwin Nunez yang turut berada di sebelahnya.
Malah, kedua-dua individu itu juga tidak bersalaman selepas tamat perlawanan sekaligus menjadi bualan hangat dalam kalangan media dan penyokong setia Liverpool.
Salah and Klopp get into it before winger subs on. Darwin plays peacemaker. Very sad moment to see with just three games left. đź’” pic.twitter.com/ZT4EXEZZnZ
— Men in Blazers (@MenInBlazers) April 27, 2024
Difahamkan pergaduhan itu berlaku kerana Salah tidak berpuas hati dengan tindakan Klopp meletakkannya di bangku simpanan.
Kebanyakan peminat mengkritik Salah kerana gagal mempamerkan prestasi terbaik sejak kebelakangan ini. Mereka juga setuju pemain itu dijual ke kelab lain pada jendela perpindahan yang akan datang.
Klopp ketika ditanya mengenai insiden tersebut menjelaskan isu itu telah selesai dan tiada apa-apa yang perlu diperbesarkan.
“Kami bercakap mengenai detik itu di bilik persalinan dengan pemain. Ia sudah selesai,” jelas Klopp.
🚨 Klopp on Mo Salah: “We spoke about that moment in the dressing room with the lads, it's done”.
Does Mo Salah also consider matter closed and resolves? “Yes, that’s my feeling”. pic.twitter.com/DMB2CZhd74
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 27, 2024
Perlawanan berakhir dengan keputusan 2-2 dan Liverpool kini turun ke tangga ketiga dengan 75 mata di belakang Manchester City selepas mengharungi 35 perlawanan.
Prestasi Liverpool juga tidak begitu bagus selepas tewas 0-2 kepada Everton dan ia menyukarkan misi mereka untuk kembali ke puncak liga.
Selepas ini, mereka akan bertembung dengan Tottenham Hotspur, Aston Villa serta Wolverhampton Wanderers pada baki tiga perlawanan.