Perlawanan pertama Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Piala Shopee 2025/26: Johor Darul Ta’zim (JDT) lawan Lion City Sailors [21 Ogos 2025, 5:30 petang]

Para peminat bola sepak tempatan kini boleh menyaksikan siaran langsung saingan elit bola sepak Asia Tenggara melibatkan kelab gergasi tanah air iaitu JDT di Iskandar Puteri pada petang ini.

Baca Juga:

Perlawanan Pertama JDT Di ACC Piala Shopee 2025/26

JDT lawan Lion City Sailors
Sepak mula: 5:30 petang, 21 Ogos 2025 (Khamis)
Tempat: Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri
Link Siaran Langsung: Astro Arena Bola (803) & Astro GO

Astro Arena merupakan satu-satunya stesen televisyen tempatan yang mendapat hak penyiaran pertandingan Piala Shopee 2025/26.

Sekiranya anda tidak berada di rumah dan mahu menyaksikannya di komputer riba mahupun telefon pintar, anda perlu memiliki aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara ‘Live Streaming’.

JDT yang bakal membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini pastinya mahu melakar sejarah dalam menjulang Piala Shopee 2025/26.

Skuad yang semakin mantap dengan bimbingan jurulatih terkemuka, Xisco Munoz itu turut disebut-sebut bakal menjadi pencabar kejuaraan selain daripada Buriram United.

Diperkuatkan dengan kehadiran Joao Vitor Brandao Figueiredo, Jon Irazabal, Hector Hevel dan Ignacio Mendez selaku pemain warisan ia secara tidak langsung meningkatkan lagi kekuatan pasukan.

Bagaimanapun cabaran Lion City Sailors juga tidak wajar dipandang sepi berikutan kehadiran beberapa pemain import seperti Anderson Lopes, Tsiy Ndenge, and Ivan Sušak.