Penjaga gol Buriram United, Chatchai Budprom sudah memulakan perang psikologi terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) sebaik sahaja undian saingan Kejohanan Kelab ASEAN Piala Shopee 2025/26 selesai.

Dua kelab terbaik Asia Tenggara itu berada dalam kumpulan berbeza dimana Buriram diundi bersama-sama BG Pathum United (Thailand), Cong An Ha Noi FC (Vietnam), Selangor, Tampines Rovers (Singapura) dan pasukan yang memenangi pusingan kelayakan 1.

Baca Juga:

Sementara itu, JDT pula berada dalam kumpulan B bersama Bangkok United (Thailand), Lion City Sailors (Singapura), Nam Dinh (Vietnam), PKR Svay Rieng (Kemboja) dan pemenang pusingan kelayakan 2.

Chatchai
Kredit Foto: Buriram United

Penilaian di atas kertas dengan barisan pemain yang dimiliki, Buriram dan JDT dilihat pilihan utama untuk mara ke pentas final.

Hakikat itu turut diakui sendiri Chatchai dimana beliau mengimpikan perlawanan akhir di antara dua pasukan tersebut.

Di sebalik impian tersebut, penjaga gol veteran itu turut memainkan perang psikologi terhadap JDT.

Impian Final Chatchai Budprom

“Untuk perlawanan akhir Piala Shopee, saya ingin berjumpa dengan JDT kerana saya mahu memberikan peluang buat mereka untuk menebus kembali kekalahan mereka ditangan kami pada tahun lalu,” ujar Chatchai menurut sumber laporan SNE Sports.

Musim lalu menyaksikan JDT gagal untuk menewaskan Buriram United dalam saingan AFC Champions League Elite walaupun bertemu sebanyak tiga kali.

Chatchai
Kredit Foto: Buriram United

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada perlawanan peringkat kumpulan di Stadium Sultan Ibrahim dan kemudiannya turut mencatatkan keputusan sama ketika aksi pertama pusingan 16 di Buriram.

Aksi timbal balik di Iskandar Puteri itu menyaksikan jaringan tunggal Suphanat Mueanta menghampakan ribuan penyokong JDT sekali gus meleburkan impian skuad Harimau Selatan untuk ke suku akhir.

Berdasarkan rekod kejohanan Piala Shopee 2024/25, Buriram United muncul juara selepas menundukkan Cong An Ha Noi FC di perlawanan akhir menerusi penentuan sepakan penalti 3-2 selepas aksi 120 minit terikat 3-3.

Sumber