Seorang rakyat Indonesia yang berjuang untuk tentera Rusia, Satria Arta Kumbara dilaporkan parah di kepala selepas terkena dron dan mortar Ukraine.

Menurut laporan CNN, perkara ini dimaklumkan oleh bekas tentera darat negara itu iaitu Ruslan Buton.

Baca Juga:

Rakyat Indonesia Parah Di Kepala

“Individu terbabit kini dipindahkan akibat serangan dron Ukraine dengan tembakan mortar berulang kali.

“Serangan ini mengakibatkan Satria Arta Kumbara cedera dan mengalami luka di kepalanya.

Indonesia
Satria Arta Kumbara

“Saya cuba menghubunginya melalui panggilan video, tetapi tidak dijawap.  Kemudian saya menghantar nota suara, tetapi tidak dijawap juga.

“Kami mendoakan keselamatan Satria Arta, dan kami juga berharap kerajaan dapat memudahkannya pulang ke tanah air untuk menyertai keluarganya,” kata Ruslan.

Indonesia
Satria Arta Kumbara

Sebelum ini,  Satria Arta merayu kerajaan negaranya agar membantunya menamatkan kontrak dengan tentera Rusia di bawah Menteri Pertahanan Rusia.

Akibat kontrak yang dia tandatangani dengan Kementerian Pertahanan Rusia, Satria Arta telah melepaskan kewarganegaraan Indonesianya.