Warga Bangladesh merangkumi 37% daripada tenaga kerja asing di Malaysia, dengan lebih 800,000 rakyat negara itu memegang permit pekerjaan setakat akhir Jun.
“Pada tahun 2022, seramai 49,353 pekerja Bangladesh telah memasuki Malaysia selepas sempadan negara dibuka semula susulan pandemik Covid-19,” kata Kementerian Dalam Negeri dalam jawapan bertulis Parlimen bertarikh 25 Ogos, petik The Star.
Baca Juga:
- ‘Gempa Bumi: Orang Ramai Diminta Kekal Tenang, Rujuk Maklumat Rasmi MET Malaysia’ – Zahid Hamidi

- Disahkan Kanser Usus Di Indonesia, Pesakit Lega Rujuk Ke Malaysia Rupanya Hanya GERD

- Makanan Malaysia Dinobatkan Paling Lazat Oleh Pengunjung Expo 2025 Osaka

Pelan Kelonggaran Penggajian Pekerja Asing diperkenalkan sebagai mekanisme sementara pada tahun 2023 untuk mempercepatkan dan memudahkan pengambilan pekerja asing.
Sebanyak 397,548 pekerja Bangladesh baharu telah memasuki negara ini melalui pelan tersebut.
“Kementerian itu berkata, pada tahun 2022 seramai 20,331 pemegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) warga Bangladesh, dan pada tahun 2023 seramai 23,065 pemegang PLKS telah dihantar pulang oleh majikan masing-masing.
“Sehingga Jun 2025, Jabatan Imigresen merekodkan sebanyak 803,332 pemegang PLKS aktif dari Bangladesh, iaitu 37% daripada keseluruhan tenaga kerja asing sekali gus menjadikan Bangladesh sebagai negara sumber terbesar bagi pekerja asing berkemahiran rendah di Malaysia,” tambahnya.
Berhubung pekerja migran tanpa dokumen, seramai 790 warga Bangladesh telah ditahan kerana tinggal melebihi tempoh pas mereka.
Kementerian itu menjawab soalan daripada Hassan Karim (PH–Pasir Gudang) berhubung jumlah keseluruhan pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke negara ini pada tahun 2022 dan 2023, serta memohon pecahan melibatkan mereka yang mempunyai permit kerja sah, yang tidak berdokumen, dan jumlah yang telah dihantar pulang ke Bangladesh.