Pengurus skuad kebangsaan Sepanyol, Luis de la Fuente meminta pengkritik supaya berhenti daripada menumpukan perhatian kepada gaya hidup Lamine Yamal.
De La Fuente sebaliknya mahu mereka menikmati kehebatan yang dijelmakan oleh bintang muda itu ketika beraksi dalam padang.
Baca Juga:
- Tak Sampai 24 Jam, Ini Jumlah Jualan Jersi Lamine Yamal Selepas Diumumkan Pakai Jersi Nombor 10

- Persatuan Kecam Lamine Yamal Manipulasi OKU Untuk Jadi Bahan Hiburan Harijadinya

- Ini Pandangan Cristiano Ronaldo Terhadap Lamine Yamal

Kehidupan di luar padang Yamal jelas menjadi tumpuan ramai terutamanya kontroversi sambutan ulang tahun kelahiran ke-18 pada Julai lalu.
Terbaharu, Yamal menjadi tajuk utama kerana hubungan terbukanya dengan penyanyi Argentina, Nicki Nicole serta siasatan undang-undang berkaitan hiburan di majlis ulang tahunnya.
Sehubungan dengan itu, de La Fuente tampil mempertahankan bintang tersebut dan mengingatkan kepada semua agar memberikan fokus kepada aksi hebatnya.
De La Fuente Pertahan Lamine Yamal
“Lamine seorang anak muda berusia 18 tahun, tetapi sangat matang. Dia hidup dengan bola sepak sepenuh hati dan tahu bagaimana mengendalikan situasi yang rumit seperti membuat penampilan pertama bersama skuad kebangsaan pada usia 16 tahun.”
“Lamine Yamal tidak pernah buat apa-apa yang wajar dikritik,” ujar de La Fuente menurut sumber laporan Goal.
“Kita sering bercakap tentang aspek kurang menyenangkan dalam bola sepak, sedangkan kita sepatutnya menyampaikan nilai yang dibawanya.”
“Lamine mempunyai kapasiti pengorbanan, sifat murah hati. Dia seorang genius bola sepak. Kita patut lebih fokus kepada perkara itu, bukan sama ada dia beli kereta, motosikal, atau dilihat bersama seorang teman wanita”
“Dia ada sebuah cermin besar di hadapannya untuk dijadikan teladan. Dia harus mengambil semua perkara hebat yang Messi lakukan.”
“Saya harap kita boleh menikmati Lamine dengan cara sama seperti kita menikmati Messi,” tambah beliau lagi.