Lamine Yamal bukan sahaja menandatangani kontrak baharu sehingga 2031 bersama Barcelona, malah bintang muda itu turut diberikan penghormatan untuk menggunakan jersi nombor 10.

Yamal mewarisi nombor tersebut selepas seorang lagi produk keluaran La Masia, Ansu Fati meninggalkan Barcelona untuk menyarung jersi Monaco.

Baca Juga:

Menurut sumber laporan Goal, pertukaran nombor tersebut jelas disambut dengan cukup teruja para penyokong Barcelona dan nyata membuahkan hasil lumayan buat pasukan.

Impak Pertukaran Nombor Jersi Lamine Yamal

Difahamkan sebanyak 70,000 helai jersi baharu Barcelona telah terjual hanya dalam masa sehari sebaik sahaja Lamine Yamal bertukar daripada nombor 19 ke 10.

Status baharu ‘wonderkid’ itu telah mencetuskan ledakan dagangan yang boleh membuktikan ia cukup penting bagi gergasi Catalan yang kekurangan kewangan itu.

Lamine Yamal
Kredit Foto: Manaure QUINTERO / AFP

Beratus-ratus peminat dikatakan berkumpul di kedai barangan rasmi pasukan Spotify Camp Nou manakala ramai lagi yang membuat tempahan dalam talian.

Perkembangan terbaharu itu dilihat penting dalam membantu menjana pendapatan yang diperlukan kelab selepas Barcelona telah lama bergelut dengan kewangan mereka.

Peningkatan mendadak dalam penjualan jersi nombor 10 ini dipuji secara dalaman sebagai idea menarikĀ  yang telah membuka aliran pendapatan baharu.

Dengan unjuran perolehan Perlesenan & Merchandising Barca (BLM) sudah dijangka meningkat musim ini, kejayaan penjualan jersi Yamal ini mungkin hanya sebagai satu permulaan.

Kejayaan itu juga mengesahkan tumpuan baharu juara La Liga itu pada e-dagang melalui perjanjian terkini mereka dengan Nike dan Spotify.

Secara tidak langsung, reputasi yang ada pada Lamine Yamal pada ketika ini menjadikannya sebagai aset penting buat Barcelona dalam memperkukuhkan lagi jenama dan pertumbuhan komersial Barca.

Sumber