Bekas pemain Barcelona, Rafinha Alcantara menegur sikap kurang matang Lamine Yamal selepas The Blaugrana tewas di tangan Real Madrid, awal pagi tadi.
Yamal terlibat dalam perang mulut dengan dua pemain Madrid, Vinicius Junior dan Dani Carvajal selepas pertembungan tegang El Clasico di Bernabeu.
Baca Juga:
- LaLiga 2025/26: El Clasico Milik Real Madrid, Jinakkan Barcelona 2-1

- Sekiranya Keputusan VAR Terbukti Salah, Laporta Mahu Aksi UIangan El Clasico

- Frenkie De Jong Kecam Tindakan Carvajal Maki Lamine Yamal Di Atas Padang

Jaringan daripada Kylian Mbappe dan Jude Bellingham menyaksikan Real Madrid meraih kemenangan bermakna 2-1 ke atas Barcelona di The Bernabeu.
Kemenangan yang membolehkan Real Madrid meninggalkan Barcelona dengan kelebihan lima mata.
Bekas bintang Barca itu menuding jari kepada Yamal atas kekalahan tersebut, mendakwa pemain muda itu memberikan motivasi tambahan kepada Los Blancos melalui kenyataannya sebelum perlawanan.
Teguran Buat Lamine Yamal
Sebelum perlawanan, Yamal mengeluarkan kenyataan bahawa Real Madrid merupakan sebuah pasukan yang ‘mencuri’ dan suka merungut.
“Dia melakukan kesilapan kerana masih muda dan kurang matang dengan kenyataannya itu. Kata-katanya telah memberikan motivasi tambahan kepada Madrid,” ujar Rafinha menurut sumber laporan Goal.
Bekas pemain tengah Real Madrid, Guti, turut sependapat dengan bintang Brazil itu sambil menambah:
“Lamine Yamal masih terlalu muda untuk memahami sejarah antara Real Madrid dan Barça. Saya juga akan menegur kenyataannya itu.”