Penyokong skuad Garuda menganggap Facundo Garces tidak setaraf dengan kapten mereka iaitu Jay Idzes.
Seperti biasa, rakyat negara jiran tidak senang duduk dengan pemain warisan yang beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Baca Juga:
- Instagram Facundo Garces Diserang Warga Indonesia

- Facundo Garces Tidak Menyesal Pilih Malaysia Berbanding Argentina

- Statistik Facundo Garces Bersama Deportivo Alaves

Dari menyebarkan berita palsu dan menyerang laman media sosial, mereka sentiasa membandingkan pemain dari dua negara.

Facundo Garces Tidak Setaraf Jay Idzes
Salah satu akaun Instagram membuat pertandingan antara Garces dan juga Idzes seperti pencapaian dan nilai pasaran semasa.
Selain itu, akaun tersebut juga membandingkan fizikal, gaji yang diterima selain status kelab kedua-dua pemain.

Di ruangan komen, warga negara jiran mengatakan Garces tidak sesuai dibandingkan dengan Idzes kerana kedua-dua pemain tidak berada di taraf yang sama.
Menurut mereka, Idzes lebih unggul kerana mempunyai nilai pasaran dan menerima gaji yang lebih tinggi.
Ada di kalangan mereka yang masih mempersoalkan status kaitan Garces bersama Malaysia yang menurut mereka tidak jelas dan kelihatan tidak benar.