Laman media sosial Instagram milik pertahanan pasukan negara, Facundo Garces diserang oleh segelintir warga Indonesia.

Warga negara seberang sememangnya tidak berpuas hati dengan pemain warisan Malaysia dan mereka sentiasa mencari kesalahan ataupun membuat claim palsu di media sosial.

Baca Juga:

Baru-baru ini, warga Indonesia menganggap status Garces bersama Malaysia tidak sah dimana mereka menuduh pemain itu beraksi bersama skuad Harimau Malaya menerusi moyang.

Facundo Garces
Garces

Pendedahan Facundo Garces

Akan tetapi, Garces sendiri mengesahkan pertalian beliau dengan Malaysia menerusi datuk dan neneknya.

Di ruangan komen Instagram pemain itu, terdapat komen jelik dari warga Indonesia seperti pemain haram Malaydesh dan menuduh beliau membeli kerakyatan.

Tindakan tidak berakal dari warga Indonesia ini membuatkan Garces telah menutup ruangan komen di beberapa post beliau.

Facundo Garces
May 3, 2025 Atletico Madrid’s Alexander Sorloth in action with Deportivo Alaves’ Garces REUTERS/Vincent West

Dalam satu temuramah bersama portal Sepanyol, El Correo, Garces menegaskan  beliau tidak menyesal memilih beraksi untuk Malaysia berbanding Argentina di peringkat antarabangsa.

“Menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan ini adalah satu penghormatan yang luar biasa.”

“Mereka mengalu-alukan saya dengan sangat mesra. Semua orang sangat membantu. Kini kami mempunyai matlamat baharu,” tambahnya.