Pemain pertahanan negara, Facundo Garces baru-baru ini mengesahkan pertalian beliau dengan Malaysia menerusi datuk dan neneknya.
Menerusi satu temuramah bersama portal Sepanyol, El Correo, Garces menegaskan beliau tidak pernah mengimpikan untuk beraksi bersama skuad Harimau Malaya.
Baca Juga:
- Peter Cklamovski Penat Dengan ‘Tuduhan’ Ke Atas Pemain Warisan

- Skuad Wanita Negara Bakal Diperkuatkan Pemain Warisan

- ‘Skandal Pemain Warisan’ – Media Indonesia Dakwa Malaysia Akan Dihukum FIFA


“Saya sudah tahu tentang asal usul saya, tetapi saya tidak pernah membayangkan kemungkinan ini boleh muncul dalam karier saya.
“Mereka (Malaysia) memberitahu saya mereka sedang membina projek yang menarik, sesuatu yang membuatkan saya teruja,” katanya.
Facundo Garces Tak Menyesal Pilih Malaysia
Menurut portal itu, Garces menyatakan beliau tidak menyesal memilih beraksi untuk Malaysia berbanding Argentina di peringkat antarabangsa.

“Menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan ini adalah satu penghormatan yang luar biasa.”
“Mereka mengalu-alukan saya dengan sangat mesra. Semua orang sangat membantu. Kini kami mempunyai matlamat baharu,” tambahnya.