Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menegaskan beliau penat dengan tuduhan yang dilemparkan terhadap pemain warisan negara.
Isu mengenai status pemain warisan Malaysia masih lagi menjadi perbincangan di kalangan peminat bola sepak negara jiran seperti Indonesia.
Baca Juga:
- ‘Skandal Pemain Warisan’ – Media Indonesia Dakwa Malaysia Akan Dihukum FIFA

- Perbezaan Pemain Warisan Malaysia Dan Garuda Menurut Media Indonesia

- Pundit Indonesia Cadang Skuad Garuda Pindah Ke Oceania

Peter Cklamovski Penat Nak Layan
Memetik laporan NST, Peter menyatakan beliau sudah penat dengan isu yang bagai tidak berpenghujung ini.

“Saya semakin bosan dengan isu ini, sejujurnya. Sudah berminggu-minggu sejak perlawanan Vietnam, tetapi perbincangan mengenai pemain tidak pernah berhenti.
“Saya telah move on dari perlawanan dan menantikan perlawanan kami yang akan datang.
“Kami mempunyai dokumentasi yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia dan FIFA memberi kebenaran sebelum perlawanan Vietnam.

“Saya tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan untuk membuktikan kesahihan pemain,” katanya.
Sebelum ini, seorang pundit dari Indonesia menganggap Malaysia telah digantung oleh FIFA sehingga tahun 2027.

Justin Lhaksana menuduh FAM memintas peraturan kelayakan antarabangsa melalui naturalisasi pemain Amerika Selatan.
“Malaysia masih dibenarkan bermain dalam Kejohanan Asean Bawah 23 tahun kerana ia tidak diiktiraf oleh FIFA.
“Tetapi mereka telah digantung sehingga tahun 2027,” katanya.