Salah seorang pundit dari Indonesia menganggap Malaysia telah digantung oleh FIFA sehingga tahun 2027.

Justin menuduh FAM memintas peraturan kelayakan antarabangsa melalui naturalisasi pemain Amerika Selatan yang boleh dipersoalkan.

Baca Juga:

Dalam episod terbaru podcastnya, Justin mendakwa Malaysia telah digantung kerana menurunkan pemain yang tidak jelas susun galur keturunannya.

Indonesia
Imanol Machuca (Photo by NORBERTO DUARTE / AFP)

Pundit Indonesia Dakwa Malaysia Digantung FIFA

“Malaysia masih dibenarkan bermain dalam Kejohanan Asean Bawah 23 tahun kerana ia tidak diiktiraf oleh FIFA.

“Tetapi mereka telah digantung sehingga tahun 2027,” katanya.

Indonesia
Hector Hevel and Garces

“FAM mendakwa mereka mempunyai nenek moyang Malaysia. Jika itu benar, maka sepatutnya mudah dibuktikan dengan dokumen.”

“Jika tidak, nampaknya mereka sedang bermain sistem. Dan nampaknya mereka agak meyakinkan.”

Indonesia
Rodrigo Holgado. Kredit Foto: Malaysia NT

Warga bola sepak Indonesia seperti tidak senang duduk selepas Malaysia diperkuatkan oleh 7 pemain warisan.

7 pemain ini diturunkan ketika Malaysia menentang Vietnam pada aksi kelayakan Piala Asia 2027.

Mereka membuat pelbagai spekulasi dan menuduh Malaysia memanipulasi peraturan untuk mendapatkan pemain warisan.