Media Indonesia membuat perbandingan antara ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu, Shin Tae-yong dan pengendali baharu skuad Harimau Malaya iaitu Peter Cklamovski.

Cklamovski baru-baru ini dilantik sebagai pengganti kepada ketua jurulatih sedia ada, Pau Marti Vicente dimana beliau akan memulakan tugas pada Januari 2025.

Baca Juga:

Meneruskan sikap tidak mahu kalah dari negara jiran, media Indonesia kemudiannya membuat perbandingan antara kedua jurulatih bermula dari ketika keduanya beraksi secara preofesional dan memulakan karier dalam bidak kejurulatihan.

Shin Tae-yong
Kredit Foto: PSSI

“Mari kita mulakan dengan Tae-yong. Sebagai pemain bola sepak profesional, lelaki kelahiran Yeongdok itu aktif dalam tempoh 1992-2005. Dia memenangi beberapa siri gelaran berprestij sebagai pemain, termasuk enam kali memenangi Liga Korea Selatan dan satu Liga Juara-Juara AFC.

“Kerjaya Tae-yong sebagai jurulatih bermula apabila dia bersara pada tahun 2005. Beliau telah membimbing beberapa pasukan termasuk Seongnam Ilhwa Chunma dan pasukan kebangsaan Korea Selatan pada Piala Dunia 2018. Pencapaiannya cukup baik dengan satu gelaran Liga Juara-Juara AFC (kelab). dan Piala Asia Timur 2017 (antarabangsa).

“Bagaimana dengan Cklamovski? Beliau hanya bermain selama dua tahun sebagai pemain bola sepak profesional pada tahun 2001 dan 2002. Selepas itu, beliau meneruskan kerjayanya sebagai jurulatih bermula pada tahun 2008.

“Peter Cklamovski memainkan pelbagai peranan termasuk jurulatih kecergasan dan penolong jurulatih. Dia memiliki satu gelaran Piala Asia pada 2015 tetapi statusnya ketika itu adalah sebagai orang kanan jurulatih Ange Postecoglou.

Peter Cklamovski
Peter Cklamovski

“Sebelum dilantik oleh FAM, Cklamovski sedang membina kerjayanya di Jepun. Bagaimanapun, tiada prestasi yang menonjol daripada jurulatih berusia 46 tahun itu,” tulis media tersebut.

Selain Cklamovski, FAM turut melantik bekas ketua jurulatih Terengganu FC dan Kedah Darul Aman FC, Nafuzi Zain sebagai pengendali skuad B-23 Tahun negara.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan pasukan perubatan berpengalaman baharu akan dilantik bagi membantu penstrukturan semula FAM untuk memastikan perjalanan operasi organisasi berjalan dengan lebih cekap serta profesional.

Pasukan perubatan akan mula menggunakan teknologi-teknologi terkini untuk membantu memastikan pemain-pemain Harimau Malaya sentiasa mendapat perkhidmatan dan rawatan perubatan yang terbaik.