Rumah salah seorang wakil rakyat Indonesia, Ahmad Sahroni dimusnahkan oleh masyarakat setempat ekoran kenyataan kontroversi beliau.

Sahroni merupakan ahli politik dari parti NasDem dan beliau menjadi politikus paling dibenci di negara jiran ketika ini.

Baca Juga:

Ini kerana Sahroni menganggap rakyat yang mengikuti tunjuk perasaan sebagai orang ‘tolol’ dan keliru.

Orang ramai tiba di rumah Sahroni dan mereka tidak membuang masa dengan terus memecahkan pagar dan kemudiannya masuk ke dalam rumah.

Rumah tersebut musnah dan beberapa barangan bernilai tinggi telah diambil oleh beberapa individu yang berada di tempat kejadian.

Indonesia

Antara barangan yang diambil ialah seutas jam tangan mewah jenama Richard Mille, kasut dari pelbagai jenama mewah serta patung Iron Man.

Masyarakat yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mengambil barangan berharga milik wakil rakyat itu.

Indonesia

Sebuah kereta turut dimusnahkan oleh masyarakat yang sakit hati dengan kenyataan dikeluarkan Sahroni sebelum ini.

Demonstrasi di Indonesia telah memakan korban jiwa salah satunya Affan Kurniawan yang meninggal dunia selepas digilis kenderaan polis.