Deportivo Alaves dilaporkan menolak tawaran dari kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk Facundo Garces.
Menurut laporan media Sepanyol, sebuah kelab yang tidak didedahkan identiti telah membuat bidaan sebanyak €10 Juta bagi mendapatkan khidmat Garces.
Baca Juga:
- ‘Beza Kelas’ – Penyokong Garuda Anggap Facundo Garces Tidak Setaraf Jay Idzes

- Instagram Facundo Garces Diserang Warga Indonesia

- Facundo Garces Tidak Menyesal Pilih Malaysia Berbanding Argentina

🇪🇸 According to Cadena SER, Deportivo Alaves rejected a €10m offer for Facundo Garces from an English Premier League team on the transfer deadline day.
Link: https://t.co/kaZ59vVc9W
Thank you @_amirulHAFIZH_ for info. pic.twitter.com/NofaO4fl0l
— Harimau Abroad 🇲🇾 (@HarimauAbroad) September 3, 2025
Deportivo Alaves Tolak Tawaran Kelab EPL
“Pasukan Liga Perdana menawarkan €10 Juta untuk mendapatkan Garces yang ditolak oleh Alavés.
“Mereka tidak mahu mengambil risiko kehilangan pemain utama beberapa jam sebelum jendela perpindahan ditutup.

“Menurut kelab, semua posisi dianggap lengkap, dengan Garcés, Pacheco, Tenaglia, Diarrá, dan Maras sebagai bek tengah,” lapor media tersebut.
Garces menjadi pemain penting dalam kesebelasan utama Alaves musim ini.

Setakat tiga perlawanan La Liga, Garces beraksi dalam semua perlawanan yang menyaksikan kelab itu mencatat satu kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.