Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski berkongsi keadaan semasa pemain sayap negara iaitu Faisal Halim.
Faisal sedang menghadapi masalah peribadi menjelang aksi persahabatan menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 4 September.
Baca Juga:
- Kes Faisal Halim Kini Berstatus ‘Tiada Tindakan Lanjut’

- Peter Cklamovski – ‘Richard Chin Masih Muda, Punyai Potensi’

- Deportivo Alavés Tolak Tawaran 10 Juta Dari Kelab EPL Untuk Facundo Garces

Menurut Peter, Faisal berada keadaan terbaik serta tumpuannya tidak terjejas menjelang Causeway Derby.

Keadaan Faisal Menurut Peter Cklamovski
“Daripada perspektif bola sepak, Mickey sememangnya berkelas dunia, gigih berlatih, bekerja keras, berdisiplin di luar padang dalam kem latihan.
“Dia mempunyai mentaliti untuk menjadi yang terbaik dan merupakan satu inspirasi kepada semua,” kata Peter.
Dalam masa yang sama, Peter Cklamovski tetap memberikan sokongan peuh kepada Faisal untuk mengaharunginya.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila media melaporkan isteri kepada Faisal iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril dikatakan memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor.