Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Peter Cklamovski menganggap ketiadaan Hector Hevel bukan satu masalah bagi pasukan negara.

Malaysia mencatat kemenangan 2-1 ke atas Singapura dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam.

Baca Juga:

Dalam aksi tersebut, bahagian tengah diisi oleh Nooa Laine dan Nazmi Faiz yang menggantikan Hevel.

Ketiadaan pemain JDT itu dilihat merencatkan sedikit kreativiti di bahagian tengah.

Peter Cklamovski
Kredit Foto: FAM

Pandangan Peter Cklamovski Mengenai Ketiadaan Hector Hevel

Ketika ditanya sama ada bahagian tengah terkesan dengan ketiadaan pemain berusia 29 tahun itu, Peter menganggap ianya bukan satu masalah bagi skuad negara.

“Kami mempunyai prinsip mengenai corak permainan kami. Tidak kira siapa yang bermain, 11 pemain yang beraksi untuk pasukan, bukan seorang.

“Ada kalanya dalam perlawanan kami tidak mengikut asas yang telah ditetapkan, menggerakkan bola terlalu perlahan dan ruang antara pemain terlalu besar.

“Tetapi saya bangga dengan pemain yang menampilkan prestasi cemerlang untuk tempoh masa yang lama ketika permainan,” kata Peter Cklamovski.

Peter Cklamovski
Stuart Wilkin

Dalam perlawanan semalam, Stuart Wilkin melakukan percubaan padu dari jarak dekat untuk meletakkan Malaysia dihadapan pada minit ke-26.

Figueiredo menjadikan kedudukan 2-0 selepas beliau mudah menolak masuk bola selepas menerima hantaran lintang berkualiti dari Wilkin pada minit ke-55.

Ilhan Fandi Ahmad yang menggantikan abangnya, Ikhsan menghadirkan impak selepas rembatan dari jarak jauh berjaya menewaskan Haziq Nadzli untuk Singapura merapatkan defisit gol pada minit ke-72.

Peter Cklamovski
Joao Figueiredo

Skuad Harimau Malaya akan turun menentang Palestine di Stadium Sultan Ibrahim pada 8 September ini.