Kenyataan bekas bintang Selangor FC, Evan Dimas sebelum ini kembali tular. Di mana Evan Dimas menyatakan bahawa dia sudah tak ada hati untuk bermain di Liga Indonesia yang sarat dengan pemain import atau pemain asing.
Evan Dimas ketika ini berstatus tanpa sebarang kelab. Selepas dia menamatkan kontraknya bersama Persik Kediri pada Januari yang lalu.
Evan Dimas pernah beraksi dengan beberapa kelab di dalam Liga Indonesia termasuk Bhayangkara FC, Barito Putera, Persija Jakarta, Arema FC, PSIS dan Persik Kediri.
Namun kini pemain itu nekad untuk tidak mahu bermain di Liga Indonesia yang menurutnya sarat dengan pemain import atau pemain asing.
Beberapa bulan lalu, menerusi satu siaran podcast, ejen kepada Evan Dimas, iaitu Pangestu Agung berkata:
“Saya berkesempatan bercakap dengan Evan Dimas. Dia memiliki jiwa sosial yang kuat dan melihat liga kita sekarang sebagai terlalu ramai pemain asing.
“Selagi lagi masih ramai pemain asing di dalam Liga Indonesia, Evan Dimas tidak mahu lagi bermain di Indonesia.
“Ini kerana dia merasa simpati dengan pemain pemain tempatan Indonesia.”
— Berita Sepakbola Dunia (@gilabola_ina) September 5, 2025
Ejennya menambah: “Peluang untuk pemain tempatan semakin tipis. Dia merasakan persaingan di Indonesia sudah tidak sihat. Dia mempersoalkan, ke mana bakat bakat tempatan Indonesia ini akan dibawa?
Ada peminat yang setuju dengan pandangan Evan Dimas dan menyalahkan projek naturalisasi pemain di Indonesia ketika ini semakin tidak terkawal dan sudah lari daripada tujuan asal.
Salah seorang peminat berkata: “Saya secara tidak langsung bersetuju dengan Evan Dimas. Awalnya naturalisasi bertujuan untuk memperkuat pasukan kebangsaan Indonesia.
“Tetapi lama kelamaan kelab kelab ini berlumba lumba mendapatkan pemain asing yang boleh dijadikan naturalisasi.
“Lihat Persib dan Bali United, pemain pemain mereka rata rata pemain asing. Terasa bersyukur pernah jadi saksi era Liga Djarum.”
Gue secara gak langsung setuju sama Evan .
Awalnya Naturalisasi bertujuan untuk timnas tpi lama kelamaan klub2 berlomba2 untuk dapatin bule2 yang hitungannya naturalisasi .
Liat Persib , Bali UTD dah kebanyakan pemain bule .
Jadi bersyukur saksi hidup liga djarum
— Blacklist (@ApipMatteo10) September 5, 2025