Nak menunggu kereta yang sedang servis pasti akan memakan masa yang lama, jadi biasanya pelanggan akan mula bosan dan akhir sekali perut pun berkeroncong kelaparan.
Bagaimanapun, sebuah bengkel servis kereta di Batu Caves, Selangor dikatakan menawarkan pengalaman khidmat pelanggan yang tiptop apabila menyediakan sejumlah makanan buat pelanggannya menikmati sewaktu menunggu siap.
Dalam satu video TikTok yang dikongsikan oleh @agy.official, dia singgah ke sebuah bengkel di Batu Caves untuk servis kereta dan terkejut dengan layanan istimewa yang diterimanya.
Jika selalunya pusat servis hanya menyediakan jajan atau makanan ringan sahaja untuk pelanggan, bengkel ini menampilkan layanan bak hotel di mana para pelanggan boleh menikmati segala makanan yang berat dan minuman secara percuma.
“Di sini, hantar kereta untuk servis, tapi layanan mereka macam kita di restoran,” kata Agy dengan penuh kekaguman.
“Mereka siap menyediakan bihun untuk anda”.
Sejurus kemudian dalam video itu, Agy dilihat sedang berbual dengan seorang wanita di kaunter, bertanya sama ada makanan yang disediakan itu hanya untuknya atau untuk semua pelanggan.
“Sesiapa sahaja boleh dapat,” jawabnya, mengesahkan bahawa makanan percuma itu disediakan untuk semua pelanggan yang sedang menunggu kereta mereka.
Bukan sekadar snek ringan, tetapi hidangan lengkap, air sirap bandung yang menyegarkan, buah-buahan manis, malah pelanggan boleh menambah hidangan tanpa had.
@agy.official Ni serviced kereta ke serviced perut ni!!?? 🤣 Terbaik tau serviced dorang kat sini @AMINSPEEDWORKSHOP Boleh support2 orang kita 💪🏻
Semuanya membuatkan pengalaman di bengkel itu terasa seperti menjamu selera di restoran sebenar, bukannya sekadar kudapan ringkas.
@agy.official Alhamdulillahhhh Murah rezeki akak kita dan suami Thanks korang yang mana datang support ! Dia betul2 layan orang sangat baik so tolong berkata yang baik2 ya 🫶🏼❤️ Yang mana menegur pakaian saya tu thank you , dont worry i perbaiki k tak perlu kita nak maki2 gaduh2 heheheh spread more positivity 🙌🏼 Support each other 🥰 Moga @AMINSPEEDWORKSHOP terus maju !
Di dalam video lain, kelihatan seorang wanita sedang menggoreng mi dengan penuh tekun lalu dihidangkan kepada pelanggannya.
Apa yang menarik lagi, layanan dia persis seperti sebuah warung sekaligus membuatkan orang ramai terkeliru adakah ini warung atau bengkel sebenarnya.
Buat anda yang tertanya-tanya bengkel apakah yang dimaksudkan, ia bernama Amin Speed Workshop di Batu Caves, Selangor.