Bengkel penyelenggaraan kenderaan, AutoDeutsch Malaysia, menganjurkan program khidmat masyarakat dengan menawarkan perkhidmatan servis kereta secara percuma khusus bagi membantu golongan kurang berkemampuan (B40).
Inisiatif yang berpusat di cawangan AutoDeutsch KL, Desa Pandan ini dijalankan sebagai langkah syarikat untuk menyumbang semula kepada masyarakat (give back to community) serta memastikan kenderaan pemandu berada dalam keadaan selamat.
Syarat Kelayakan
Bagi memastikan bantuan ini sampai kepada sasaran yang betul, permohonan tertakluk kepada kriteria berikut:
1. Jenama Kenderaan: Kereta buatan Malaysia sahaja.
2. Usia Kenderaan: Melebihi 15 tahun.
3. Kapasiti Enjin: 1.6cc dan ke bawah.
4. Kategori Pemilik: Terbuka khas kepada golongan B40.
Prosedur Permohonan
Orang awam yang memenuhi syarat ditetapkan boleh mengemukakan permohonan menerusi langkah berikut:
1. Ambil gambar geran kenderaan yang jelas.
2. Hantar gambar geran bersama nombor telefon yang boleh dihubungi ke alamat e-mel [email protected].
3. Pasukan AutoDeutsch akan membuat saringan dan mengemukakan makluman janji temu (appointment) kepada pemohon yang terpilih.
Orang ramai diseru untuk memanjangkan maklumat ini agar dapat membantu individu yang benar-benar memerlukan.