Seorang lelaki meluahkan kekecewaan beliau apabila melihat lebih banyak kereta tempatan memenuhi ruang parking di sebuah pusat beli belah golongan T20 di Mont Kiara.

Malah, beliau berharap golongan golongan B40 tidak akan mengunjungi pusat beli-belah tersebut kerana takut golongan tersebut musnahkan suasana mewah di kawasan tersebut.

Baca Juga:

“Saya harap golongan B40 tidak datang ke tempat ini, mula melihat lebih banyak kereta proton dan perodua berada di sini sejak kebelakangan ini,” tulisnya di ruang ‘google review’.

Lelaki Ini Harap Golongan B40 Tak Datang Ke Mall Mewah T20

Komen beliau turut tular di media sosial dan mengundang pelbagai kecaman daripada warga maya.

Ada juga netizen merancang untuk membawa kereta lama dari jenama tempatan memenuhi ruang parking di pusat beli-belah tersebut untuk membuatkan lelaki tersebut berasa jengkel.

“Ok, u tunggu. Esok aku mai park myvi 2nd gen aku. Tak jauh pun dgn Hartamas…sat je aku sampai,” kata seorang pengguna X.

Malah ramai juga yang berkata bahawa kereta jenama tempatan tidak semestinya hanya dipakai oleh mereka yang tergolong daripada B40.

“Ada jutawan naik Proton Wira je kot!” kata seorang individu.

Lelaki Ini Harap Golongan B40 Tak Datang Ke Mall Mewah T20 Lelaki Ini Harap Golongan B40 Tak Datang Ke Mall Mewah T20 Lelaki Ini Harap Golongan B40 Tak Datang Ke Mall Mewah T20

Pusat beli-belah merupakan kawasan tumpuan ramai yang sering dikunjungi oleh masyarakat tidak kira latar belakang. Ia dijadikan sebagai tempat perjumpaan keluarga di hujung minggu,menjamu selera, membeli-belah atau menonton wayang.

Namun, tidak sepatutnya seorang individu merasakan pusat beli-belah mewah perlu dikecualikan daripada kumpulan lain termasuk keluarga B40.