Individu yang datang dari kepompong yang berpendapatan rendah  atau B40 sentiasa mahukan perubahan untuk mendapatkan taraf hidup yang lebih baik.

Tetapi masih menjadi persoalan bagaimana cara yang benar-benar mujarab dalam mereliasasikan impian tersebut?

'Bagaimana Anda Keluar Dari B40' - Majoriti Rakyat Malaysia Kongsi Jawapan Yang Sama
Sumber Gambar: Harian Metro

Seorang netizen lalu menyoal persoalan itu kepada orang ramai yang mana sudah berjaya untuk mengubah kehidupan dengan berkongsi pengalaman sendiri.

Cuma satu sahaja perkataan yang disebut oleh majoriti pengguna iaitu “Pendidikan”, yang mana rata-rata individu berkongsi dengan pendidikan sahaja mampu mendapatkan kehidupan yang bagus dan boleh membantu keluarga keluar dari kepompong kesusahan.

Ramai berkongsi dengan berusaha keras sehingga belajar ke menara gading sememangnya menjadi batu loncatan dalam mendapatkan pekerjaan yang bagus dengan gaji lumayan.

“Saya datang dari latar belakang yang sederhana; ayah seorang penoreh getah, dan ibu seorang buruh. Namun, berkat pendidikan dan usaha gigih, kini saya berkhidmat sebagai pensyarah perubatan dan pakar bedah am,” kongsi seorang lelaki.

“Education . Arwah bapak kalau ada hari sign report card , confirm ayat ni keluar “ cikgu nak rotan ke nak pkul ke anak saya, sy izinkan cikgu , asal jangan mati je , saya nak dia jadi orang kerja elok dalam Aircond , bukan macam saya kerja bendang tengah panas” terima kasih bapak , Now anak bapak kerja dalam Aircond mcm yang bapak nak,” ujar seorang wanita lain.

“Saya datang dari keluarga B40 yang serba kekurangan. Kami hidup tanpa bekalan elektrik dan air, dan terpaksa bergelap setiap malam. Ibu bekerja di kilang manakala ayah pula menunggang motosikal menjual ikan untuk menyara kami.

“Namun, demi memastikan kami berjaya, abang sulung saya sanggup mengorbankan impiannya. Dia memilih untuk membantu ayah dan ibu, demi memastikan kami adik-beradik dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Berkat pengorbanan itu, kini lima daripada enam orang adik-beradik kami telah berjaya menggenggam segulung ijazah. Kisah perjalanan kami yang bermula sebagai keluarga B40 kini telah membuahkan hasil, dan kami sekeluarga kini berada dalam kelompok T20,” tulis terperinci oleh seorang lagi.

Ada beberapa aspek lain yang turut memainkan peranan penting dalam menentukan masa depan yang cerah termasuklah berkawan dengan circle yang baik,  menaik taraf skil bersosial dan berani mengambil peluang.

Dari sini boleh disimpulkan bahawa pendidikan tersangatlah penting di dalam kehidupan setiap insan dan terbukti boleh mengubah nasib hidup ke tahap yang lebih baik.

Sebab itulah kerajaan mengambil inisiatif yang serius dalam memastikan semua anak kecil mestilah mendapatkan pendidikan yang sewajarnya dalam menjamin generasi seterusnya boleh terjamin kualiti kehidupan serta menjaga negara tercinta ini.