Makan di gerai burger merupakan salah satu saat paling diingati ketika kunjungan YouTuber terkenal dari Amerika, IShowSpeed ke Malaysia.

Selepas setahun kunjungan Youtuber itu, pemilik kedai menunjukkan keadaan semasa gerainya menerusi laman media sosial Instagram.

Baca Juga:

Gerai Dikunjungi IShowSpeed Pernah Disita

Selepas viral dan menerima kunjungan dari ramai netizen yang mahu mencuba burger di sana,  kedai burger yang terletak di kaki lima LRT Bangsar itu telah pun disita oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Selepas hampir setahun, gerainya itu berada dalam keadaan rosak teruk dan menerjah ruangan komen, para pengunjung setia gerai burger berkenaan bersimpati dengan apa yang terjadi.

Lot gerai kini dengan hiasan lebih meriah

Tidak menunggu lama, beliau terus berniaga di tempat yang sama dengan rupa yang berbeza.

Gerai tersebut kini tampil lebih kemas dengan hiasan sambil meletakkan tanda bahawa Speed atau nama sebenarnya Darren Watkins Jr pernah makan di gerai itu.

IShowSpeed
Speed

Selain makan burger, detik lain yang diingati dari kunjungan Speed ke negara ini ialah ketika dia pertama kali mencuba durian.

Speed yang teruja dilihat hampir tercekik ketika memakan durian dimana beliau menelan buah itu dengan bijinya sekali.