Huru-hara Kuala Lumpur apabila personaliti internet, IShowSpeed menjejakkan kakinya di Malaysia sebagai sebahagian daripada lawatan bertemu peminat di Asia Tenggara.
Menarik tentang IShowSpeed ini adalah beliau seorang yang random dan mendengar pendapat peminat untuk apa yang perlu dicubanya di Malaysia. Selepas buat kecoh di restoran nasi goreng Uncle Roger, beliau mengakhiri sesi live di Malaysia dengan menerjah satu gerai burger di Bangsar untuk mencuba Burger Ramly Special.
Baca Juga:
- Netizen Indonesia Bangga Dapat Beri Pengalaman Terbaik Kepada IShowSpeed Berbanding Malaysia
- ‘Apa Sumbangan iShowSpeed Kepada Malaysia? Kosong’ – Cikgu BM Bimbang Generasi Baharu Terlalu Agungkan Influencer
- Peminat Terlibat Kemalangan ‘Live’ Semasa Kejar IShowSpeed
Menerusi satu konten oleh Syok Geng di TikTok, pemilik Bob’s Burger berkongsi berapa bayaran yang diterimanya daripada Speed.
“Terkejut juga bila dia (Speed) singgah. Sebenarnya dia bukan bayar guna USD, tetapi duit Riel Kemboja (KHR). Saya tunjuk dengan anda.
“Dia bagi saya beberapa keping duit, ada dalam 7 keping dan salah satunya 50,000KHR (+-RM52). Jadi cuba anda kira-kira sendiri berapa nilainya,” kata Bob.
@syokgeng Replying to @Tengku. Tengok sampai habis 😂🤣
Tidak mendedahkan jumlah sebenar, netizen membuat tekaan rambang IShowSpeed membayar sekitar RM350 untuk sebiji Burger Ramly Special.
Namun, pemilik Bob’s Burger tidak berkata semua 7 keping note kertas yang diterimanya merupakan not 50,000KHR. Jadi, nilai yang dibayar Speed untuk burger tersebut adalah di antara julat RM52 hingga RM350.
Mungkin kerana terlalu sedap, itulah nilai yang sanggup dibayar Speed. Pemilik Bob’s Burger berkata walaupun IShowSpeed sudah singgah makan di kedainya, harga burger dijualnya kekal sama cumanya ‘IShowSpeed pernah makan burger kat sini’.
Selepas Malaysia, IShowSpeed terus terbang ke Indonesia dan netizen di sana bangga mereka memberi pengalaman dan layanan yang lebih baik untuk YouTuber itu berbanding semasa dia berada di Malaysia.