Burger jalanan di Malaysia mempunyai keunikan tersendiri yang menjadikan ia lebih istimewa berbanding dengan jenama restoran makanan segera di luar sana. Menu yang wajib dipesan sudah semestinya tambahan telur dan limpahan sos yang banyak menerusinya.
Baru-baru ini, seorang pencipta konten dari Rusia telah berkongsi sebuah video untuk melihat reaksi kawannya merasai burger jalanan kebanggaan Malayia.
Di dalam video itu, wanita bernama Anna telah mengajak kawannya yang juga berbangsa Rusia pergi ke gerai burger di tepi jalan untuk mendapatkan burger yang asli.

Anna turut sempat bercerita serba sedikit tentang menu daging burger yang dipadankan dengan salutan telur dikira istimewa untuk warga tempatan.
“Tahukah awak di Malaysia apabila mereka menambah sebiji telur dipanggil sebagai special,” kongsi Anna kepada rakannya.
Sebaik tiba di rumah, mereka mula membuka bungkusan burger yang dibeli dan memberi pendapat pandangan pertama terhadapnya.
Selain memuji rupa burger yang bagus, mereka turut menyukai bau burger tersebut selepas menghidunya.
Sebaik selesai gigitan pertama, mereka langsung memuji betapa sedapnya burger jalanan tempatan dengan isi lembu yang diliputi dengan telur. Selepas itu, mereka kelihatan seperti telah jatuh cinta dan berulang-kali menyebut perkataan sedap.
Malah, salah seorang daripadanya mula memahami mengapa burger telah ditambah dengan telur adalah bagi menaikkan lagi rasa dan aromanya.

Mereka mengajar cara sebut sedap dalam bahasa ibunda mereka dalam masa mahu mengeksperesikan betapa nikmatnya burger itu.
@anna13_rus I thought it was Ramli Burger but it’s not..😭@SP STREET STORY
Dalam masa sama, mereka juga tidak menyangka rasa burger jalanan kita sesedap itu. Bagaimanapun, mereka sempat berseloroh menyoalkan di manakah keju yang dimasukkan tetapi tiada rasanya sewaktu dimakan.
“Soalannya sekarang, di manakah cheese kami,” soalnya sambil berseloroh.
Video yang dimuat naik oleh Anna ini telah berjaya meraih ratusan ribu tontonan dan mendapat sejumlah maklum balas daripada warga tempatan.
Perkongsian itu ternyata meraih perhatizan netizen dan rata-ratanya bangga melihat jenama burger Malaysia mendapat pujian dari orang luar negara.