Jenama burger Ramly boleh dikira sebagai khazanah negara kerana sering menjadi kebanggaan rakyat tempatan di samping berjaya menembusi pasaran dunia.

Malah, burger jalanan Ramly ini juga sering menjadi menu buruan untuk dicuba oleh pelancong luar yang tidak pernah menemuinya sebelum ini.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baru-baru ini, seorang wanita dari China yang datang melawat ke Malaysia dan mahu mengetahui sejauh mana kehebatan burger jalanan tempatan yang sering digembar-gemburkan selama ini.

Dia telah membuat pesanan burger ayam Ramly double special yang disaluti telur padanya serta kentang goreng sebagai pelengkapnya.

Sebaik menggigit beberapa kali, dia langsung berkata dengan jelas bahawa burger Ramly yang dipesan sungguh sedap.

Melihat dari raut wajahnya, dia sangat menikmati hidangan burger itu ditambah pula limpahan beberapa gabungan sos yang menambahkan lagi ‘kick’ pada rasanya.

Dia juga kelihatan teruja melihat penyediaan menu yang dipesan dek mungkin kerana hanya di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara sahaja yang sedia menyalut daging patty dengan telur dan digelar sebagai special.

Malah, lebih menghiburkan apabila dia sebenarnya telah memesan satu lagi burger double special cheese kerana didakwa tidak cukup dan mahu menikmati lagi keenakkannya.

Dia lalu menyimpulkan burger jalanan Malaysia iaitu Ramly sebagai nombor satu di dalam carta terbaik dan mampu mengalahkan burger jenama restoran makana segera terkenal seperti KFC dan McDonalds.

Katanya lagi, tidak kisah perlu menempuhi perjalanan selama sejam menerusi MRT asalkan boleh menikmati burger jalanan ikonik Malaysia ini.

Selain itu, dia juga merasakan hidangan burger ini merupakan satu kombinasi makanan yang lengkap di mana mempunyai nutrisi karbohidrat dan protein menerusinya.

@jinyuting74

#马来西亚美食 #马来西亚旅游 #夜宵

♬ 原声 – 杭一美 – 杭一美

Video reaksi pertama kali memakan burger Ramly itu langsung meraih perhatian netizen terutamanya dari Malaysia dan rata-ratanya merasa bangga kerana burger itu berjaya menawan hati peminat baharu dari China itu.