IShowSpeed iaitu seorang YouTuber terkenal di dunia kini menjadi bualan ramai kerana sedang melakukan jelajah ke Asia Tenggara.

Malaysia menjadi salah satu destinasi pilihan untuk bertemu peminat dan melihat apa yang ditawarkan di negara ini. Dalam menerokai keindahan dan budaya negara ini, timbul pula kontroversi berkaitan batik yang yang diberikan oleh peminat tempatan sehingga menjadi perdebatan antara negara Malaysia dan Indonesia.

Sumber Gambar: tubefilter

Namun sensasi itu tidak terhenti di situ apabila kini Indonesia pula berbangga dapat memberi pengalaman terbaik berbanding YouTuber terkenal itu ketika di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi netizen dari sana, IShowSpeed berjaya menyelami kehidupan rakyat jelata di samping mempelajari budaya tempatan dengan lebih dekat dan sarat dengan aktiviti menarik menerusinya.

Ini termasuklah mempelajari bermain alat muzik tradisional, memakan nasi padang, beramah mesra dengan peniaga kecil dan paling terkini menyertai acara menari Kecak.

Tambah mereka lagi, di Malaysia, IShowSpeed hanya menerokai kawasan bandar pesat sahaja malah tidak dapat menyelami budaya atau makanan tradisional seperti yang ditonjolkan oleh mereka.

Di dalam satu ciapan lain, netizen Indonesia merasa berbangga yang mereka berjaya memberi pengalaman terbaik sepanjang lawatan IShowSpeed di sana dan mengganggap ia sebagai satu pencapaian.

Tidak cukup itu sahaja, netizen Indonesia siap merendahkan negara kita dek kerana tidak berjaya menawarkan aktiviti yang mempamerkan seharian lokal.

Dalam pada itu, sebahagian netizen dari Malaysia mula menyalahkan tour guide di Malaysia yang tidak pandai mengaturkan aktiviti yang sesuai buat IShowSpeed ketika berada di sini.

Bagi mereka, ini merupakan satu peluang untuk mempromosikan budaya tempatan kepada luar negara dengan meluas memandangkan IShowSpeed memiliki lebih 30 juta pengikut di seluruh dunia.

Sementara sebahagian lain pula melihat lawatan IShowSpeed sebagai satu hiburan dan dengan pengaruhnya tidak akan menarik minat para penonton untuk ke sini.

Pada padangan kami pula, kehadiran IShowSpeed hanyalah satu bonus sahaja buat para peminatnya untuk beramah mesra dan tidak memberi kesan signifikan terhadap pelancongan.

Rata-ratanya peminat pula dalam kalangan Gen Z di mana hanya meminati gelagat lucu IShowSpeed semata-mata dan bukanlah berminat dengan kebudayaan sesuatu negara yang dilawati itu.