Selatan Thailand sememangnya menjadi salah satu destinasi pilihan rakyat Malaysia untuk melancong.

Baru-baru ini, Malaysia menjalani cuti panjang sempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September lalu.

Baca Juga:

Menurut perkongsian BFM News, kira-kira 200 Ribu warga Malaysia telah berkunjung ke Selatan Thailand untuk melancong ketika cuti panjang.

Rakyat Malaysia
Sumber Gambar: KKDay

Rakyat Malaysia Belanja Besar Di Selatan Thailand

Menurut mereka, warga Malaysia telah menghabiskan hampir RM50 Juta bagi membeli barangan atau perkhidmatan ketika berada di Selatan Thailand.

“Kebanyakan berkunjung ke Hat Yai dan wilayah berdekatan, di mana tempahan hotel melebihi 120,000 dengan sehingga 95% bilik dipenuhi.

“Syarikat pengendali pelancongan menambah bahawa semua 3,000 van di rantau ini telah ditempah sepenuhnya antara 13 dan 16 September.

Rakyat Malaysia
Hat Yai city, southern Thailand economy

“Peniaga tempatan menyatakan bahawa pelawat Malaysia memainkan peranan penting dalam menyokong perdagangan sempadan dan ekonomi selatan Thai,” tulis laman itu.

Salah satu tarikan terbesar selatan Thailand adalah kos percutian yang jauh lebih murah berbanding di Malaysia.

Penginapan, makanan, dan aktiviti membeli-belah di Thailand secara umumnya lebih rendah harganya.

Rakyat Malaysia
Hatyai

Selain itu, terdapat persamaan budaya dan sejarah yang kuat antara Selatan Thailand dan Malaysia, terutamanya di kawasan sempadan.

Masyarakat Melayu di sana berkongsi tradisi, bahasa, dan agama yang serupa. Ini memudahkan rakyat Malaysia untuk mendapatkan makanan halal, yang banyak terdapat di kawasan seperti Hat Yai, Songkhla, dan Narathiwat.