Jika sebelum ini ada pelancong luar sedia membandingkan kesedapan sate Malaysia berbanding di Singapura, kini menjadi sensasi pula di TikTok seperti yang dikongsikan oleh seorang peniaga yang juga merupakan rakyat Malaysia tinggal di China.

Menerusi beberapa video yang tular di akaun @sinwantz, dia merupakan salah satu vendor memperlihatkan bagaimana sambutan yang cukup meriah dari warga tempatan di Nanjing, China.

@sinwantz_

Ok-ii – Rakyat Cina. Bila First Time rasa satay Dari Malaysia #fyp #sinwantz #china #mixlegacy

♬ original sound – sinwantz_ – sinwantz_

Gerai berwarna hijau itu ditambah pula dengan tukang masak yang berpakaian lengkap baju melayu cukup menarik minat orang ramai untuk mencuba juadah tradisional itu dek kerana memiliki keunikan tersendiri.

Walaupun berharga RM10 untuk tiga cucuk sate, orang ramai masih mengerumuni untuk membelinya malahan menjadi fokus utama berbanding gerai yang lain di dalam acara tersebut.

Menariknya, ada seorang wanita mencari lelaki itu dan menemuinya namun sayang sekali sate jualannya sudah habis pada malam itu. Dimaklumkan popularitinya dia sebagai penjual sate sudah menjadi sensasi di media sosial sana.

Tambahnya lagi, sate sebanyak 1,500 ribuan cucuk habis terjual dalam masa kurang sejam sekaligus tidak menyangka sambutan yang cukup meriah oleh warga tempatan.

@sinwantz_

Pukulan Satay malaysia Kita bawakan ke Negeri china. Tahu2 Da Viral Satu Nanjing China dah gais #fyp #sinwantz #foryoupage #china

♬ original sound – sinwantz_ – sinwantz_

Bukan sekadar membawa kelainan, dia juga dilihat petah bertutur dalam Bahasa Mandarin sekaligus membuatkan ramai individu berminat untuk membeli kerana mudah membuat pesanan dan bertanyakan sebarang perkara yang dimahukan.

Penangan sate yang dijualnya itu sudah menjadi salah satu cara promosi secara tidak sengaja untuk negara kita. Oleh itu, netizen tempatan yang menonton video tersebut memuji akan usahanya yang berjaya dalam memperkenalkan juadah tempatan itu sehingga ke tembok besar China.