Sebuah pasangan pengembara yang kini menetap di Malaysia telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada netizen di kedua-dua belah Tambak Johor selepas memuat naik video TikTok tentang betapa mahalnya makanan di Singapura.

Encik Terry Pernell dari Chicago, yang menggelar dirinya pengembara dan pencipta kandungan (UGC), serta pasangannya, Cik Mag dari Kenya, seorang influencer pelancongan, baru-baru ini berada di Singapura.

Sebelum itu, mereka telah menghabiskan masa hampir dua bulan mengembara secara backpacking di Malaysia dan Bali.

Pada 11 September, Encik Pernell berkongsi video di TikTok yang dirakam di Newton Food Centre, dengan kapsyen yang mencetuskan perdebatan hangat: “Di Singapura saya bayar $35 (~RM146) untuk makanan… sedangkan di Malaysia, saya boleh dapat suasana yang sama dengan separuh harga. Anda pilih yang mana?”

Video tersebut memaparkan hidangan satay, nasi goreng telur, dan daging lembu goreng kilas. Klip ini telah tular, mengumpul lebih 262,200 tontonan, 8,000 reaksi, dan 700 komen.

“”Ini lebih baik buat saya terkejut (bercakap berkenaan rasanya)” kata Encik Pernell sambil memegang dua cucuk satay.

Walaupun dia akui makanannya “tidaklah teruk”, namun jika perlu membandingkan, dia akan pilih makanan Malaysia “bila-bila masa”.

Dia juga berseloroh bahawa rakyat Singapura “mesti banyak duit betul” dan menasihati pelawat agar “bawa beg besar penuh dengan duit”.

@terrypernell

Singapore got me paying $35 for food… meanwhile Malaysia got the same vibes for half the price 😅 Which one y’all picking? #travelwithterryp SSingaporeVsMalaysiaoutheastasiafoodie B#BudgetTravelAsia

♬ original sound – TravelWithTerryP🇺🇸➡️🇲🇾Asia

Netizen dari Singapura bagaimanapun membidas lelaki itu dengan berkata lokasi tempat makan iaitu Newton Food Centre yang dikunjung itu sememangnya dikenali sebagai ‘tourist trap’ di mana akan dicaj lebih mahal dari harga sepatutnya.

Tambah mereka, sebenarnya wujud banyak lagi tempat lokal yang tawarkan dengan harga jauh lebih murah tetapi tidak pula diulas berkaitan kesedapan juadah yang ditawarkan di Malaysia.

“Saya orang Singapura pun tak pernah pergi Newton dan makan (di sana),” kata salah seorang netizen.

“Bro pergi tempat makan tumpuan pelancong, lepas tu nak harapkan harga macam di kawasan penduduk. haha,” komen seorang lagi.

“Harga yang awak bayar tu tak mewakili seluruh Singapura. Ada banyak tempat di Singapura di mana awak boleh dapat makanan yang sama jauh lebih murah,” jelas netizen lain, yang kemudiannya dibalas oleh Encik Pernell: “Ya, saya faham sepenuhnya sekarang.”