Malaysia menjadi  sorotan media seluruh dunia kerana isu  7 pemain warisan yang didakwa menggunakan dokumen palsu.

Portal sukan terkemuka terutama sekali untuk liputan bola sepak, Sky Sports turut mengulas tentang isu tersebut.

FIFA mendakwa Malaysia terlibat dalam memalsukan dokumen pemain pemain warisan tersebut. Ini selepas FIFA membuat semakan silang mendapati sijil kelahiran yang dikemukakan FAM tidak sama dengan yang diperoleh oleh sekretariat mereka.

Sorotan oleh  Sky Sports News  ini membuatkan lebih ramai dari seluruh dunia mengetahui tentang pertuduhan dibuat oleh FIFA kepada FAM.

Mana tidaknya platform Sky Sports memilki lebih 30 juta pengikut terkumpul di platform media sosial seperti X,  Facebook,  Twitter, Instagram, YouTube dan TikTok.

Itu yang menjadikan Sky Sports sebagai salah satu portal sukan yang paling berpengaruh di dunia terutama sekali untuk liputan bola sepak.

Netizen dari seluruh dunia memberikan pelbagai reaksi tentang perkara tersebut.

Sebenarnya, kes ini masih di peringkat rayuan. Ini apabila FAM telah menyatakan niat  mereka mahu membuat rayuan secara rasmi.

Menurut FAM berlaku kesilapan daripada staf mereka yang memuat naik dokumen daripada ejen, bukannya daripada sumber sah dan bertauliah.

FAM menyatakan bahawa mereka sudah ada dokumen asal sebagai bukti untuk menyokong status pemain pemain tersebut.

FAM akan mengemukakan dokumen ini dalam masa terdekat, ketika proses rayuan.