Pemain sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi seperti diketahui telah melakar satu lagi sejarah dalam kariernya apabila menjadi rakyat Malaysia pertama yang dicalonkan bagi Anugerah Pemain Terbaik Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).
Dalam satu kenyataan, Arif meluahkan rasa terharu dan bangga apabila namanya tersenarai sebaris dengan dua bintang Asia terkenal, Salem Al-Dawsari dari Arab Saudi dan bintang Qatar, Akram Afif.
Baca Juga:
- Arif Aiman Tersenarai Bagi Anugerah Pemain Terbaik AFC 2025

- Arif Aiman Antara Pemain Usia 23 Tahun Paling Mahal Asia Tenggara

- ‘Saing-Saing CR7’ – Arif Aiman Berada Di Top 5 Penjaring Terbanyak ACL Elite

Penghormatan Besar Buat Arif Aiman
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan pasukan saya, juga kepada barisan jurulatih yang banyak membantu saya mencapai tahap tertinggi ini.”
“Merupakan satu penghormatan untuk dicalonkan sebagai Pemain Terbaik AFC bersama nama-nama besar seperti Salem Al-Dawsari dan Akram Afif.”
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada bos saya, Tunku Ismail (pemilik JDT).
“Ia sangat menggembirakan kerana saya merupakan rakyat Malaysia pertama yang berada di sini dan berdiri sebaris dengan pemain-pemain terhebat Asia.”
“Namun ini hanyalah permulaan buat saya dimana saya mahu belajar segala-galanya tentang bola sepak, untuk mengangkat kelab dan negara agar kita dapat melangkah lebih jauh.”
“Saya perlu bekerja keras, membuat persediaan rapi dan berdedikasi untuk berada di tahap yang sama seperti Akram dan Salem. Ia satu perjalanan yang panjang.”
“Saya perlu banyak belajar tentang bola sepak, dan saya melihat Salem serta Akram sebagai contoh teladan saya.”
“Saya mahu bermain dalam kejohanan berintensiti tinggi yang penuh tekanan dan memikul tanggungjawab untuk beraksi di peringkat antarabangsa,” tambah Arif Aiman lagi.