Bekas pengurus pasukan kebangsaan Brazil, Emerson Leao melabelkan Neymar sebagai ‘tidak berguna’ dan ‘bukan contoh kepada sesiapa’ ketika ditanya mengenai peluang bintang Santos itu dalam skuad Piala Dunia.

Leao tanpa berselindung mengkritik gaya hidup, tahap kecergasan dan prestasi yang semakin menurun pemain berusia 33 tahun itu sekali gus mencetuskan semula perdebatan mengenai kedudukannya dalam perancangan skuad Brazil kendalian Carlo Ancelotti bagi Piala Dunia 2026.

Baca Juga:

Pendapat Emerson Tentang Neymar

Menurut sumber laporan Goal, Emerson Leao yang pernah menjuarai Piala Dunia 1970 sebagai pemain menjelaskan bahawa kritikannya bukan sekadar tentang prestasi bola sepak Neymar tetapi juga mengenai tingkah lakunya di luar padang.

Leao mendakwa pemain berusia 33 tahun itu ‘tidak menjaga dirinya dengan baik’ dan tidak lagi mampu mempengaruhi permainan seperti sebelumnya.

Beliau turut menolak pandangan bahawa Neymar masih boleh menjadi penyelesaian utama buat Brazil sambil menambah bahawa beliau tidak percaya bintang itu mampu memberi impak di Piala Dunia 2026.

Leao turut menegaskan bahawa masalah utama Neymar kini bukan pada kemahirannya tetapi pada kemerosotan fizikalnya. Katanya, pemain tersebut kini berfikir lebih pantas daripada kemampuan tubuhnya untuk bertindak.

“Dalam kepalanya, apabila dia hendak memulakan sesuatu gerakan, dia tahu apa yang ingin dilakukan tetapi dia sudah tidak mampu melakukannya lagi.”

“Dia sudah tidak boleh. Reaksi ototnya tidak sama seperti dulu. Rentak latihannya hilang. Dia bukan lagi atlet yang sama. Tiada gunanya.”

“Saya hanya ada sedikit kata untuk Neymar. Saya rasa satu perkara bergantung pada yang lain, siapa dia di luar padang dan siapa dia di dalam padang.”

“Dan kerana itu, dia bukan contoh yang baik untuk sesiapa.”

“Neymar sebenarnya belum berhenti bermain bola sepak. Cuma kini dia diminta untuk melakukan pecutan seperti dulu, sedangkan dia sudah tidak mampu kerana tidak cukup bersedia.”

“Apa yang berlaku selepas itu? Kecederaan dan pelbagai masalah pun datang,” tambah beliau lagi.

Sumber