Kelab Saudi Pro League, Al-Hilal mengambil keputusan untuk menamatkan kontrak salah seorang pemain bintang mereka, Neymar dalam skuad yang menghadapi saingan musim 2023/2024.

Perkara ini dikongsi oleh wartawa sukan Arab Saudi dimana sebab utama mengapa kelab itu menamatkan kontrak Neymar adalah kerana mereka baru saja menandatangani seorang pemain Brazil iaitu Renan Lodi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Bekas ketua pasukan Brazil itu ketika ini sedang menjalani proses pemulihan setelah mengalami kecederaan anterior cruciate ligament (ACL) dan dijangka pulih sepenuhnya pada bulan Ogos nanti.

Bekas pemain Barcelona dan Paris Saint-Germain itu mengalami kecederaan ACL apabila beliau beraksi dalam tugasan antarabangsa ketika Brazil turun menentang Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026.

Al-Hilal menandatangani Lodi dari Olympique Marseille dengan harga €23 Juta sekaligus menjadikan perbelanjaan kelab itu mencecah angka €376 Juta musim ini selepas mendapatkan beberapa pemain bintang lain seperti Rúben Neves, Kalidou Koulibaly, Yassine Bonou dan Aleksandar Mitrovic.

Kelab bimbingan Jorge Jesus itu perlu membuang satu nama pemain asing dari skuad mereka bagi memberi laluan kepada Lodi didaftarkan dan membolehkan beliau untuk beraksi dalam saingan liga.

Al-Hilal kemudiannya memutuskan untuk menamatkan kontrak Neymar dimana pemain itu akan didaftarkan semula pada musim hadapan selepas beliau pulih sepenuhnya dari kecederaan.

Al-Hilal ketika ini menduduki tangga pertama dalam carta Saudi Pro League dimana mereka mengutip 53 mata, tujuh mata dihadapan Al-Nassr selain mara ke peringkat separuh akhir King’s Cup dan juga peringkat kalah mati AFC Champions League (ACL).