Beberapa pemain bintang dilaporkan mahu meninggalkan saingan Saudi Pro League tidak sampai semusim beraksi di negara Timur Tengah itu.

Menurut perkongsian Transfer News Live di laman media sosial X, ramai pemain mahu meninggalkan Arab Saudi kerana menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan cuaca panas negara itu.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, ada pemain yang gagal beradaptasi dengan budaya, kehadiran penonton yang hambar dalam setiap kali perlawanan serta hak kaum wanita yang menurut isteri pemain dinilai rendah.

Salah seorang pemain iaitu Jordan Henderson yang juga ketua pasukan Al-Ettifaq berdepan kesukaran ketika turun buat kali pertama dalam saingan Saudi Pro League.

Pada rehat separuh masa, dengan tuala putih yang basah dililit di lehernya, dia kelihatan keletihan ketika keluar dari padang sebelum menjejaki trek olahraga di Stadium Putera Mohammed Bin Fahd untuk ke bilik persalinan.

Pemain sayap Al-Ittihad, Jota jarang diturunkan dalam kesebelasan utama dimana beliau gagal untuk menampilkan prestasi terbaik apabila diberi peluang untuk beraksi.

Pasukan yang kurang popular juga bergelut untuk menarik penonton hadir ke stadium dimana perlawanan antara Al-Ettifaq menentang Al-Riyadh pada October tahun lalu hanya dihadiri seramai 696 penonton di stadium.

Seorang pemain dari Inggeris, yang tidak mahu namanya didedahkan, tidak sabar menunggu pasangannya dan anaknya melawat selepas datang bersendirian ke negara itu. Rancangannya adalah untuk mereka merasai negara itu sebelum memutuskan untuk menyertainya.

Pada hari pertama, mereka pergi ke pusat membeli-belah. Dalam suhu yang tinggi, isteri pemain itu berpakaian sedikit terbuka. Sebaik sahaja di dalam pusat membeli-belah, dia menyedari bahawa dia menarik banyak perhatian daripada beberapa wanita tempatan.

Ada diantara mereka yang menyindir isteri pemain tersebut dan pengalaman itu mendatangkan trauma baginya. Sang isteri kemudiannya memutuskan untuk tinggal di UK.

Ini adalah risiko yang perlu dihadapi oleh pemain sekiranya beraksi di negara yang mempunyai peraturan ketat seperti Arab Saudi.