Tahukah anda pada November 2017, satu pertempuran harga selama 20 minit sedang berlangsung di rumah lelong Christie dengan sebuah karya yang dipercayai dari Leonardo da Vinci telah menjadi taruhan. Lukisan bertajuk Salvator Mundi atau Savior of the World ini pernah dijuluki sebagai Mona Lisa lelaki, ia telah menjadi perhatian golongan kaya dari seluruh dunia. Tawaran harga dibuat oleh para jutawan dan muzium di China, AS, Qatar, Rusia dan Arab Saudi.

Pada hari sebelum lelongan dibuka kepada kelompok kayangan ini. Rumah lelong Christie menganggarkan bahawa lukisan da Vinci akan dijual pada harga USD$ 100 juta. Tetapi apa yang mereka tidak jangka adalah ia dibeli pada harga yang lebih tinggi, iaitu USD$ 450 juta atau sekitar RM2 bilion. Anda tahu siapa yang membelinya? Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman atau lebih kenali sebagai MBS.

05152235-salvator-mundi_cover_2000x1129
Tatler Hong Kong

Harga yang dibeli oleh MBS telah mencipta rekod sebagai karya seni paling mahal pernah dijual di acara lelongan awam. Rekod sebelum ini dipegang oleh bekas perdana menteri Qatar, Hamad bin Jassim bin Jaber Al Thani yang membeli karya seni berhara USD$ 179 juta untuk karya Pablo Picasso bertajuk “Women of Algiers (Versi O)” pada tahun 2015.

The Savior for Sale

Apa yang menjadi masalah sekarang adalah dakwaan yang hadir dari siri dokumentari The Savior for Sale iaitu Salvator Mundi yang dibeli oleh MBS bukanlah hasil kerja tangan asli da Vinci. Laporan itu menyatakan bahawa walaupun beberapa sarjana terkemuka menganggap Salvator Mundi sebagai karya asli oleh da Vinci, tetapi hujah ini telah dipatahkan oleh beberapa pakar lain yang berpendapat bahawa da Vinci hanya menyumbangkan beberapa elemen kepada lukisan itu sahaja.

Nak dijadikan cerita, setelah membeli lukisan yang dipercayai hasil kerja tangan da Vinci pada tahun 2017, rancangan asal MBS adalah untuk mempamerkan lukisan itu di Abu Dhabi selama dua tahun. Kemudian berpindah pula ke Paris pada 2019 dengan tujuan untuk memperingati ulang tahun ke-500 kematian Leonardo da Vinci.

juig
Middle East Monitor

Semasa di Paris, lukisan berharga USD$ 450 juta ini telah menjalani pelbagai jenis ujian yang dijalankan oleh pihak muzium. Hasil ujian itu mengejutkan. Karya terbabit kata seorang sumber muzium adalah bukan hasil kerja tangan asli da Vinci dan ia telah dikuatkan lagi oleh pandangan pakar bahawa lukisan itu hanya dihasilkan di studio da Vinci tetapi bukan dari da Vinci.

Dan pada hari di mana muzium seni ini mahu dibuka kepada orang ramai untuk memperingati da Vinci. Lukisan yang paling banyak menjadi sebutan orang ramai tidak membuat kemunculan. Kejadian ini bukan sahaja mencetuskan tanda tanya kepada awam – adakah lukisan itu karya asli da Vinci? – tetapi ia juga meletuskan krisis diplomatik di antara Saudi dan Perancis.

Keluarga diraja Saudi yang berang apabila diberitahu mengenai kepalsuan lukisan itu bertegas untuk lukisan itu dipamerkan juga. Sambil meletakkan syarat bahawa lukisan itu mesti berada di sebelah Mona Lisa. Ada laporan menyatakan bahawa pihak Saudi sedia melobi Perancis jika lukisan itu dibenarkan untuk membuat pertunjukan. Khabar angin ini hadir setelah wujud kebimbangan para pelabur bahawa isu ini akan memberi kesan kepada hubungan strategik dan ekonomi antara Saudi dan Perancis.

5c6c04fe0f254427e00f2208
Daily News

Bagaimanapun, permintaan MBS mulanya ditolak oleh pihak muzium, dengan alasan bahawa Mona Lisa disimpan di bilik yang dibina khas dan tidak dapat menampung 30,000 pengunjung. Dan seterusnya ditolak dengan tegas oleh Presiden Macron, dengan alasan bahawa dia tidak boleh membiarkan kredibiliti Perancis menjadi taruhan.

Berapakah kos Salvator Mundi pada tahun 2005?

16 tahun yang dulu, MBS boleh membeli lukisan ini pada harga yang jauh lebih murah. Salvator Mundi yang dibeli dengan harga USD$450 juta ini boleh dibeli dengan harga USD$ 1,175 (RM4,851) pada tahun 2005 dan ia dijual oleh seorang peniaga seni di New York. Setelah menjalani beberapa ujian pemulihan, lukisan ini akhirnya disahkan oleh beberapa pakar seni Inggeris sebagai da Vinci yang sudah lama hilang.

Ia kemudiannya dipamerkan di Galeri Nasional London sebelum dijual pada tahun 2013 kepada oligarki Rusia dengan harga USD$ 127.5 juta. Selepas itu, Oligarki Rusia pula menjual lukisan itu pada tahun 2017 kepada MBS dengan harga USD$ 450 juta.

Sejak itu, lukisan itu belum pernah dilihat secara umum. Sebilangan besar orang berpendapat MBS menyimpan karya seni itu di gudang seni mewah miliknya di Switzerland dan ada juga yang berpendapat bahawa karya itu digantung di istana MBS. Namun dalam siri dokumentari terbabit, ia dikatakan digantung di kapal layar mewah milik MBS yang bernama Serene.

Kapal layar mewah bernilai USD$ 500 juta ini memiliki dua helipad, kabin mewah dan tiga kolam renang. Bagaimanapun ia dikritik oleh pakar, kata mereka walaupun karya berusia 500 tahun itu digantung di dalam kapal layar mewah, ia akan cepat rosak kerana lukisan itu memerlukan perlindungan rapi dan kawalan suhu yang betul.

Dan ketika kontroversi bahawa lukisan itu palsu atau tidak terus memainkan peranan di dalam dunia seni, ramai percaya bahawa Salvator Mundi akan terus tergantung di kapal layar milik MBS untuk beberapa waktu lagi.

Guna karya seni tanpa izin pelukis, Salt Bae disaman RM20 juta. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Guna Karya Seni Tanpa Izin Pelukis, Salt Bae Disaman RM20 Juta

Lihat Artis Ini Dengan Selamba Makan ‘Karya Seni’ Bernilai RM499,000

Lelaki Ini Kecewa Karya Seni Dirosakkan Krew Produksi Drama