Kerajaan Arab Saudi menghabiskan hampir AS$15 bilion untuk pembinaan semula kota Al Ula atau lebih dikenali oleh orang tempatan sebagai Madain Saleh yang di mana mengikut sejarahnya pernah diminta oleh Nabi Muhammad supaya dihindari untuk ke sana.

Nabi Muhammad pernah mengelak kawasan ini kerana terkenal sebagai tempat turunnya azab Allah kepada kaum Nabi Saleh. Bagi masyarakat Saudi pula, kawasan yang terletak 1,100 km dari ibu kota Riyadh itu juga dianggap sebagai tempat tinggal roh jahat.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Memetik dari Arab News, pembinaan yang disasarkan siap menjelang 2035 itu akan menjadikan Al Ula sebagai bandar peranginan bagi menarik pelancong datang ke Arab Saudi. Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Diraja Al Ula (RCU), Amr Almadani, berkata bandar itu akan mempunyai sistem trem rendah karbon sepanjang 46 kilometer.

Dalam pelan induknya, Putera Mahkota Mohammed Bin Salman berkata bahawa Al Ula akan menarik 2 juta pengunjung setiap tahun dan mewujudkan 38 ribu pekerjaan. Jika berjaya, bandar itu sahaja akan menyumbang AS$32 bilion kepada ekonomi Saudi.

Kenapa Umat Islam Dilarang Masuk Ke Kawasan Ini?

Menurut laporan Kompas, kota Al Ula telah direkodkan sebagai kawasan kediaman manusia sejak beribu tahun dahulu. Manusia difahamkan telah mengasaskan kota berdinding itu sekitar abad ke-6 SM. Lokasi Al Ula sendiri adalah di Jalan Kemenyan, yang merupakan laluan perdagangan penting yang menghubungkan Arab, Mesir dan India.

Pada abad ke-7 hingga ke-6 SM, kawasan ini telah didiami oleh kaum Thamud dari Kerajaan Dedanite. Kemudian antara abad ke-5 dan ke-2 SM, Al Ula didiami oleh Kerajaan Lihyan, yang dipimpin oleh dinasti Nabatean. Orang Nabataean memerintah sehingga kira-kira 106 AD, apabila ibu kota mereka, Petra, telah ditawan oleh orang Rom.

Orang Nabatean kemudiannya menjadikan al-Hijr atau Madain Saleh sebagai ibu kota baru mereka dan mengukir kawasan pergunungan berbatu ini sebagai rumah mereka. Tambah laporan itu lagi, selain tinggal di Madain Saleh, kaum Nabatean mengembangkan kawasan Al-Mabiyat menjadi pusat perdagangan. Kawasan ini terus berkembang sehingga 650.

Namun begitu, dalam sebuah sejarah diceritakan bahawa semasa hayatnya, Nabi Muhammad sentiasa mempercepatkan langkahnya ketika melalui Kota Al Ula. Manakala dalam satu kisah, Nabi Muhammad difahamkan tidak akan menoleh ke kanan atau kiri semasa melalui kawasan tersebut.

Selain itu, Ibn Battuta yang telah melalui kota ini dan mencatatkan bahawa kafilah yang bersama dengannya turut keberatan untuk singgah di Al Ula. Keengganan untuk berhenti ini dikatakan dikaitkan dengan Al Ula digelar sebagai kota hantu atau kota terkutuk.

Kononnya, masyarakat Arab menggelar Al Ula sebagai markas jin yang mesti dielakkan kerana Nabatean enggan meninggalkan kepercayaan mereka. Mereka dilaknat kerana tidak menyembah Tuhan, tetapi menyembah para dewa-dewi.

Selain itu, gempa bumi besar yang berlaku ribuan tahun dahulu juga telah menipiskan lapisan ozon bumi. Difahamkan bahawa para saintis telah menemui lubang besar di lapisan ozon atmosfera tepat di atas kawasan ini.

Ini menjadikan kawasan ini berisiko untuk didiami setelah terjadinya gempa bumi besar. Ia boleh merosakkan UV, mendatangkan pelbagai penyakit kulit, kanser, dan kejadian ribut semula jadi. Penyelidik juga turut bersetuju bahawa tidak selamat bagi manusia untuk tinggal di kawasan ini dalam tempoh masa yang lama.

Ini sesuai dengan larangan yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW tentang tempat ini. Tempat yang menjadi tanda simbol ini, tidak boleh digunakan sebagai tempat keseronokan dan hiburan. Tetapi hari ini kerajaan Saudi membukanya sebagai kawasan pelancongan sehingga ia mendatangkan tanda tanya buat umat Islam di seluruh dunia.