Di media sosial, majoriti peminat K-Pop cemburu dengan Perdana Menteri Malaysia tetapi apa sebabnya kan?

Pada empat hari lalu, PMX, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah menjadi perbualan hangat apabila dia berpeluang bertemu dengan lagenda bintang pop Korea iaitu G Dragon di dalam Majlis Makan Malam Pemimpin-Pemimpin Ekonomi (AELM) Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) 2025 yang berlangsung di Gyeongju, Korea Selatan.

Beliau malah dapat melihat secara live percuma dan bersemuka dengan dekat bersama lagenda tersebu  walhal tiket konsertnya boleh mencecah ribuan ringgit.

Menariknya, PMX turut berkongsi klip video persembahan G-Dragon di akaun media sosial rasmi beliau (seperti X dan Facebook).

Beliau dengan senang hati menyatakan bahawa sedia berkongsi video itu atas permintaan ramai peminat K-Pop di Malaysia supaya tidak menghampakan mereka.

Ramai juga cemburu kerana pemimpin dunia boleh menikmati persembahan lagenda itu di dalam satu dewan khas sambil duduk dengan selesa.

@anwaribrahimofficial

Ramai peminat K-Pop di Malaysia minta saya kongsikan persembahan G-Dragon malam ini. Jadi, saya kongsi sedikit detik persembahan beliau supaya tak menghampakan para peminat. #APEC2025 #KpopForever

♬ original sound – Anwar Ibrahim – Anwar Ibrahim

PMX kemudiannya berkongsi di media sosial bahawa beliau dan pemimpin APEC yang lain turut menerima hadiah istimewa daripada G-Dragon sebagai cenderamata dari acara tersebut.

Kapsyen berkata “lupa nak kongsi, tempoh hari saya dan pemimpin APEC dapat hadiah dari G-Dragon”, sambil berkongsi gambar merchandise yang diterimanya.

Peminat K-Pop ‘Cemburu’ Dengan PMX, Apa Sebabnya?
Sumber Gambar: FB PMX

Gambar yang dikongsikan memperlihatkan sebuah album dan juga light stick rasmi yang mana selalu digunakan sewaktu konsert.

Perkongsian beliau langsung menerima sejumlah peminat tempatan yang mana sanggup membelinya pada harga mahal jika mahu dijual kelak.

Mana tidaknya, nak beli sahaja perlu berebut dengan jutaan manusia daripada pelbagai negara, inikan pula diterima secara khas untuk pemimpin dunia yang pasti meningkatkan lagi nilai barangan tersebut.

Secara ringkas, pertemuan mereka adalah di acara rasmi APEC, di mana G-Dragon tampil sebagai penghibur dan duta budaya Korea, manakala PMX hadir sebagai pemimpin negara.

Perkara ini menjadi tular kerana keterbukaan PMX berkongsi detik K-Pop itu di platform rasmi beliau, memenuhi permintaan peminat di Malaysia.