Tular satu rakaman video di mana artis korea ternama, Bang Yong-guk memberhentikan persembahannya buat seketika untuk memberi ruang kepada penonton menunaikan solat Maghrib.

Difahamkan video itu dirakam ketika konsertnya berlangsung di Kuala Lumpur pada hari Khamis yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Dalam video berdurasi dua minit yang dikongsikan oleh TikTok @syeraserra, artis Korea itu dengan bantuan penterjemah mengumumkan penundaan persembahan buat seketika untuk memberi laluan kepada penonton selesaikan solat Maghrib terlebih dahulu.

@syeraserra

Love the fact that the organiser and him considers the praying time for BABY’s. BANG YONGGUK is like THE GREENEST GREEN FLAG EVER✅✅ #BANGYONGGUK #방용국 #THECOLORSOFBANG_KL #BANGYONGGUKinKL #THECOLORSTOURinKL

♬ original sound – Syera – Syera

“Saya ada pengumum untuk beritahu anda semua. Di Malaysia kita ada waktu untuk menunaikan solat. Kita akan berhenti sebentar dan akan sambung semula selepas ini.

“Kepada penonton yang datang dari luar negara (luar Malaysia), kami sangat menghargai anda memahami waktu rehat ini,” kata Bang Yong-guk kepada orang ramai.

Pengumuman artis Korea itu telah mendapat pujian ramai kerana beliau memahami dan menghormati budaya yang diamalkan di Malaysia

Sumber Gambar: TikTok @syeraserra
Sumber Gambar: TikTok @syeraserra
Sumber Gambar: TikTok @syeraserra
Sumber Gambar: TikTok @syeraserra

Netizen juga berharap agar lebih ramai penganjur dan artis antarabangsa cakna dengan budaya di Malaysia. Lebih-lebih lagi apabila konsert dibuat berselisih dengan waktu solat.

Sementara itu Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil telah mengarahkan acara Good Vibes Festival dibatalkan serta-merta susulan kumpulan musik dari UK ‘The 1975’ telah memperlekeh undang-undang syariah Malaysia dan mempromosikan komuniti LBGT semasa melakukan persembahan di khayalak penonton.