Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Setia Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Muslim Friendly Watch (MFW) menarik semula segala bentuk promosi dan pengiktirafan ‘Muslim Choice’ yang boleh mengelirukan pengguna Islam di negara ini.

Menurut beliau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan segera mengeluarkan kenyataan amaran rasmi kepada pihak MFW berhubung arahan tersebut.

Baca Juga:

“Sekiranya pihak MFW gagal mematuhi amaran yang diberikan oleh JAKIM, setelah berbincang dengan YB Datuk Armizan Mohd Ali, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Perihal Dagangan atas kesalahan penyalahgunaan logo halal atau sebarang bentuk pengiktirafan yang mengelirukan,” tegas beliau menerusi satu hantaran Facebook.